01 August 2014

3 Golongan Keutamaan Menjadi Anak Angkat


1 Ogos 2014 (5 Syawal 1435)

Baru 5 Syawal dah keluar entri sedih-sedih? Takde la.
Cuma tersentuh dan terkesan dengan kata-kata Ustazah Norhafizah Musa dalam program Tanyalah Ustazah bertajuk Bukan Kita Seorang di TV9 sebentar tadi.

Tengah siap-siapkan bahan nak masak lauk ayam masak merah kacang pis dan sayur bayam tumis air kat dapur, aku memang sengaja buka tv dan kuatkan volume, tak nak rasa sunyi. Sayup-sayup dengar Ustazah berbual dengan anak-anak yatim dari beberapa rumah anak-anak yatim, dengarlah juga Ustazah menangis...aku yang kat dapur terus jadi tak keruan.

Ustazah Norhafizah Musa sebut, kalau kita nak ambil anak angkat, kalau boleh kita utamakan 3 golongan iaitu; anak-anak yatim piatu, anak-anak orang miskin dan juga anak-anak hafiz/tahfiz. InshaAllah doa-doa mereka kepada kita selepas meninggal nanti sama terhijab seperti doa-doa anak kandung oleh Allah SWT.

InshaAllah, suatu hari nanti...inshaAllah.
Cuma beri peluang pada kami berdua suami isteri untuk berusaha sehabis baik untuk dapatkan rezeki zuriat sendiri dengan apa cara sekalipun (perubatan moden dan tradisional, usaha TTC dan lain-lain lagi). Semoga Allah SWT berikan kesabaran, ketenangan jiwa dan melimpah ruahkan kasih sayang antara kami berdua.

8 comments:

  1. perkongsian yg menarik.tima kasih.
    in shaaAllah dear, teruskan berusaha dan berdoa. rezeki.anak dari Allah itu pasti ada..
    jangan mudah mengalah..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, doa rakan-rakan pun sedikit sebanyak membantu usaha kami untuk conceive...amin!

      Delete
  2. Sama mcm Yani,kami masih berusaha untuk zuriat sendiri juga Yani..semoga dipermudahkan Allah segala usaha2 kita..Amin..Apapun anak seperti kain putih,ibu bapalah yang mencorakkannya,tak kira lah anak angkat mahupun anak sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kak Nuriz....kita usaha selagi Allah masih beri peluang pada kita semua. Taknak giveup...Allah x suke umatNya mudah berputus asa. Kadang kala kita kena ambil iktibar dengan dugaan orang yang lebih berat diduga berbanding diri kita...

      Delete
  3. selamat hari raya maaf zahir batin yani :)
    inshaaAllah ada rezeki anak kandung sdiri yani.kite usaha sehabis daya dulu k.inshaaAllah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya juga Iya....
      InshaAllah, masih belum berputus asa untuk dapatkan zuriat sendiri.
      Habis ikhtiar inshaAllah kita cuba cara lain etc ambil anak angkat.... :)

      Delete
  4. mmg ramai suggest suh amik anak angkat, but to me, i sama cam yani. biar la i usaha habis dulu so that no regret. I yakin Allah akan buka pintu hati ambik anak angkat bila tiba masanya... And bila tiba masanya, thanks to ur entry i know who should we choose :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ST, the truth is arwah Mak Yani pun dulu ada usulkan isu anak angkat ni, tapi tu la, bila dah bincang hati ke hati dengan suami, tak jumpa kata putus. Keyakinan tu masih belum kuat untuk menyokong hasrat hati.

      Idea ambik anak angkat dari golongan anak yatim piatu dan anak orang susah memang selalu dengar, tapi anak-anak tahfiz tu memberikan 1 perspektif baru dalam hidup Yani ni....

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)