21 July 2014

Ziarah Pusara Mak Seminggu Sebelum Syawal

21 Julai 2014.

Ahad semalam singgah ke kubur arwah mak sebelum bergerak balik ke Seremban untuk berbuka bersama keluarga mertua. Sepanjang bulan Ramadhan ini kali pertama aku datang menjenguk kubur mak. Rasa bersalah sangat.

InshaAllah, selepas raya ni dah boleh naikkan batu nesan dan kepok untuk kubur mak. Masa berkumpul raya nanti kami adik beradik akan berbincang bersama-sama isu ni.

Kurang seminggu lagi, anak-anak dan cucu-cucu mak akan datang menziarahi mak beramai-ramai. Rindu sangat-sangat mak!

2 comments:

  1. Al-fatihah dan memahami perasaan kehilangan emak itu... sangat sangat walaupun mak masih ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Raya kami tak akan sama seperti dulu, Farah. Macam anak-anak yang kehilangan punca dan arah tujuan..... :(

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)