20 July 2014

Menu Berbuka Minggu Ketiga Ramadhan 2014


Menu 15 Ramadhan (13 Julai 2014)
- Balik dari Seremban, adik bongsu cadangkan berbuka sama-sama di rumah pusaka mak. Adik volunteer nak masak mee sup daging, Ateh masak bubur sagu jagung dan aku buat tauhu sumbat (favourite arwah mak ni!).
- Aku beli ayam golek, kuih muih, lemang sebatang untuk tambah-tambah lauk lain. Ateh bawa mangga delight. Buah-buahan yang bawa balik dari kebun di kampung mertua; manggis, buah pulasan, buah rambutan dan langsat. Meriah betul atas meja.



Menu 16 Ramadhan (14 Julai 2014)
- Kebanyakkan menu berbuka semalam masih banyak berbaki, jadi senang kerja aku...cuma panaskan je. Hehe! Masa ni la microvawe banyak berjasa.
- Aku hanya tambah menu roti sosej bersalut biskut cracker. Resepi asal yang tengok dalam cerita Azam Ramadhan Su tu salut roti dengan sardin yang dihancurkan. Tapi suami aku tak suka sardin macam tu, jadi kita jadi kreatif skit. Tengok dalam tin biskut cracker Jacob's tu masih ada biskut, kita hancur-hancurkan sedikit dan salutkan pada roti lepas lumurkan telur. Suami suka sangat sebab ada rasa rangup!


Menu 17 Ramadhan (15 Julai 2014)
- Masak lauk sambal daging berlada, resepi yang aku ambil dari cerita Azam Ramadhan Su (Rita Rudaini) tu. Terkurang satu bahan je; takde mix-vege. Pun laku lauk aku....huhu!
- Tambah sayur soo hoon kentang, ikan jenak goreng, kuah kicap cili dan sosej rebus.


Menu 18 Ramadhan (16 Julai 2014)
- Masak lauk ayam buttermilk, resepi dari blog orang. Suami minta gorengkan telur mata untuk dia.
- Panaskan balik lauk sambal daging berlada, ikan jenak goreng, sosej rebus. Tambah kuah kicap cili padi.


Menu 19 Ramadhan (17 Julai 2014)
- Masak gulai telur itik belimbing, sayur soo hoon kentang dan sambal ikan bilis.
- Side menu macam biasa buah epal dan kurma.



 
Menu 20 Ramadhan (18 Julai 2014)
- Berbuka puasa di Holiday Inn Melaka, Banda Hilir dengan rakan kerja dan suami.
- Entri pasal Iftar di Holiday Inn Melaka boleh rujuk sini : Iftar Di Holiday Inn Melaka




Menu 21 Ramadhan (19 Julai 2014)
- Masak lauk kari ikan sardin, sayur kangkung goreng belacan, sambal telur hancur dan puding roti kukus.
- Suami minta gorengkan nugget untuk dia....siap!
- Adik bongsu singgah sebelum berbuka, dan berikan sebekas bubur cha cha. Alhamdulillah!

2 comments:

  1. Bgus2 xmbazir :)
    Cikji plak jns perut cerewet. Kdg2 xleh mkn yg dh semalaman. Tiap kli msk mmg utk skli mkn je. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikji, ikutkan Yani memang masak untuk sekali makan je, untuk waktu berbuka sebab lps Isyak/terawih, dah x jamah nasi, cuma shake. Masa sahur pun shake jugak. Tapi still makanan berlebih, jadi panaskan balik lauk untuk berbuka seterusnya, Tapi sekali panaskan je la, kalau tak habis juga memang buang ke tong sampah.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)