19 Julai 2014.
Semalam (18 Julai 2014) hadir sama sesi Iftar bersama rakan sepejabat dan ahli keluarga. Of course la aku pergi berdua dengan suami je. Alhamdulillah sempat sampai dalam 7.00 malam di Holiday Inn Melaka dengan ambil jalan pintas dari Ayer Keroh - Kandang - Ujung Pasir - Banda Hilir. Kalau ikut jalan Ayer Keroh - Bukit Katil, ada can berbuka telan air liur dalam kereta. Itu pun kira dah memandu dengan mode memecut dah tu, faham-faham jer la banyak kawasan ada bazaar ramadhan, dengan jammednyer, dengan banyak keretanyer.
Gambar-gambar makanan ni semua aku cilok dari FB kawan yang dah sampai
awal dan sempat ambil gambar hidangan juadah berbuka sebelum orang dah
start ceduk makanan. Masa aku sampai, dah ramai yang beratur ambik
makanan, dah tak ikut barisan dah. Ramai juga orang berbuka di hotel.
Salad
Nasi Ayam Penyet
Jeruk, Sambal Belacan, Cencaluk
Kuih muih, manisan
Cocktail Buah-buahan
Aksesori Nasi Ayam Penyet
Murtabak, Roti Canai dan Popiah
Manisan dan kek
Ulam-ulaman Tradisional
Ruang open air Essense Kitchen Holiday Inn Melaka ada stall yang hidangkan satay, barbeku, kambing golek, buah-buahan, aiskrim, ABC, ikan bakar, ayam panggang, popcorn, mee rebus dan mee goreng, tapi kawan aku tak dan nak ambil gambar sebab ramai dah beratur.
Aku jenis yang tak pernah makan daging kambing, bila cuba makan, alhamdulillah boleh terima tekak. Kebetulan dapat bahagian daging yang lembut dan juicy, kuah colek dia pun sedap. Puas meratah daging kambing golek dengan suami.
Aku jenis yang tak pernah makan daging kambing, bila cuba makan, alhamdulillah boleh terima tekak. Kebetulan dapat bahagian daging yang lembut dan juicy, kuah colek dia pun sedap. Puas meratah daging kambing golek dengan suami.
Overall, hidangan Iftar atau berbuka di Holiday Inn Melaka ni ok la dan banyak pilihan. Satu lauk yang aku seronok dapat makan kat sini ialah sambal kupang berlada. Sepanjang bulan Ramadhan berkira-kira nak masak sambal kupang ni, tapi bila fikir-fikir aku seorang je akan makan da suami tak berapa minat kupang...hurm, terus tak de usaha nak beli kupang. Alhamdulillah jumpa juga sambal kupang kat sini, makan puas-puas. Arwah mak pun cukup suka sambal kupang goreng.....Al-Fatihah mak....
Satu je yang tak best berbuka di hotel ni.....ruang solat yang sangat
sempit! Hoi....dah la melimpah ruah orang nak bersolat Maghrib, ruang
solat dan ruang ambik wuduk sangat terhad. Nasib baik bawa telekung
sendiri, jadi tak perlu nak tunggu orang lain selesai solat untuk pakai
telekung surau kat hotel tu.
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)