23 July 2014

Stok Bulan Kedua Provera Untuk Endometrial Hyperplasia

 

23 Julai 2014.


Hari ni pergi ambil stok baru untuk bulan ke-2 ubat hormon Provera di GH Melaka. Maksudnya dah hampir sebulan aku makan Provera. Tak tahu la mungkin ini cara penerimaan badan pada ubat Provera tu - langsung takde period sejak makan dia!

Ikutkan doktor cakap tempohari, bulan pertama dan kedua makan, period akan jadi keluar tapi sedikit-sedikit dan seterusnya jadi spotting dan tiada period terus. Tapi ni bulan pertama dah tak period langsung. Cuak juga ni. Appointment dengan doktor O7G GH Melaka bulan Ogos ni. Nak tengok penerimaan badan aku dengan ubat. Mungkin akan buat TVS, mungkin tidak. Aku tak pasti.

Start makan sampai kelmarin, takde apa-apa sangat simptom Provera pada badan selain tak datang period tu, cuma start semalam sampai saat ni, kejap-kejap aku terasa rahim belah kiri berdenyut. Dah kenapa?

P/s: Puasa penuh tahun ni, inshaAllah kalau tiada aral melintang.
 

6 comments:

  1. tak period terus, mungkin maknanya badan yani OK dgn ubat tu... cepat bertindak sampai x period. Apa2 pun, let's see apa kata doc nanti ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap-harapnya begitulah ST...Jangan jadi benda lain plak sudah la. Benda dalam badan, tak nampak dengan mata kasar...macam-macam boleh jadi kan?

      Delete
  2. Mcm mana sis skrg? Sy pon mgalami sakit yg sama skrg. Teruskan ubat ke sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah hentikan rawatan dan ubat-ubat untuk penyakit di atas sejak tahun 2015, dah lama dah. Sebab saya dah tak fokus pd penyakit tu. Maaf tak dapat membantu banyak dengan isu awak.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)