13 Julai 2014.
Hari ini sudah masuk 15 Ramadhan. Allahuakhbar, pantasnya masa berlalu.
Berat badan pada minggu pertama berpuasa di bulan Ramadhan adalah sebanyak 63.2kg. Hari ni timbang tanpa pakaian, berat badan adalah 62.3kg. Jika ambil kira berat badan berpakaian, tambah lagi 0.6kg jadi 62.9kg. Jumlah keseluruhan penurunan sepanjang bulan Ramadhan ialah sebanyak 1.9kg.
Aku rasa aku tahu punca tak banyak penurunan berat badan dari minggu pertama ke minggu kedua berpuasa (0.3kg). Antara sebab utamanya ialah aku tukar kombinasi berbuka dengan aloe, teamix dan shake Herbalife kepada berbuka dengan nasi dan lauk pauk. Meneman suami berbuka dengan nasi, tak sah kalau tak meratah lauk dan ulang tambah nasi. Aku minum shake Herbalife pada sebelah malam selepas solat sunat terawih dengan suami. Huhuhu....nasib baik amalan 2-3 liter air masak masih kekal diamalkan.
InshaAllah, berbaki lagi 2 minggu lagi bulan Ramadhan untuk diraikan.
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)