14 July 2014

Taman Sayuran Arwah Mak

14 Julai 2014.

Sepanjang bulan puasa ni, aku banyak bergantung pada hasil taman sayuran arwah mak kat bahagian belakang dapur dan laman rumah mak untuk bahan memasak.


Haritu nak masak gulai telur itik, aku macam was-was ada ke tak buah belimbing kat pokok ni. Dah siap backup plan, kalau tak ada buah belimbing, nampak gaya kena lawankan lauk dengan asam keping. Nasib baik masa selak daun-daun kat pokok, kemain rimbunan buah belimbing baru masak. Suka, suka, suka.....

Daun kari pun tinggalan tanaman arwah mak dan bibik. Sekarang tengah cantik naik daun kari paras-paras pinggang aku. Masa masak kurma telur puyuh kentang haritu, masukkan setangkai daun kari dalam masakan.


Pokok limau purut, pokok bendi dan pokok pucuk ubi

Kot terasa nak buat tomyam masa buka puasa, ok je kot. Masak lemak cili padi pucuk ubi untuk dua orang makan pun lepas kot. Pokok-pokok ubi tu baru nak naik. Asam pedas ikan jenak letak bendi pun sedap jugak, sebab stok ikan jenak ada je dalam fridge tu.


Daun kunyit dan pokok cili padi

Masih dalam pasu bunga, tak alih atas tanah lagi. Arwah mak dan bibik jaga pokok-pokok ni tahap sayang sampai lindung bawah para pokok bunga orkid sebab tak nak kena sinaran matahari secara direct. Haritu masak rendang daging, pakai daun kunyit ni la.

Sejak dah bersambal belacan aritu, stok cili padi stok wajib kat rumah. Kalau beli kat pasar boleh tahan mahal sekarang ni.

12 comments:

  1. ya Allah meriahnya tanaman! sy suka menana jugak tapi tanah memang limited. seronok betul tgk tanaman semeriah macam ni. jimat pun jimat, sejuk mata memandang juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. At some point memang jimat Zura, cuma kena commitedly jaga dan siram pokok selalu....Yani ni dulu jarang bebeno nak jenguk pokok arwah mak tanam tu, tapi skrg ni memang dah jadi tanggungjawab Yani dan suami. Kalau ada yang mati, memang sedih la...kalau arwah mak, mesti dia sedih pokok-pokok kesayangan dia mati layu.

      Delete
  2. Ya Allah..rasa seronok nya tgk tanaman2 segar bugar je smua.. berbakti pada tanah hasil mmg lumayan kan.. tak yah pening2 nak gi kedai..kat umah sue ade pokok pandan je..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah Sue....kat rumah Yani pokok pandan je yang takde....puas keliling rumah cari masa nak masak nasi lemak before puasa aritu, memang tak jumpa...skrg tgh cari pokok pandan nak tanam kat kawasan lapang, biar ada ready stok kat rumah bila nak guna...

      Delete
  3. Hijau je pandangan tengok pokok2 ni..banyak gunanya pulak tu!mesti makin bersemangatyani memasak..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang banyak berguna pokok2 arwah mak dan bibik bela dulu ni.....Yani tuai hasil je. Seronok bahan nak masak ade je kat laman rumah, nak pakai petik je...

      Delete
  4. Sukanya tgk kebun mcm ni.. Senang, semua ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) Tak semua jugak Yana, pokok pandan tak dok.
      Pokok pisang ada sebatang, arwah mak tanam sebelah garaj kereta. Tapi tak dan nak tanya pokok pisang jenis apa....jenis boleh makan mcm tu je @ boleh masak buat lauk....

      Delete
    2. yani tanam la pokok pandan tu :)

      Delete
    3. Hehe, memang niat hati nak tanam pun tapi tengah cari sapa ada pokok pandan kat rumah dia...maybe nak g cari kat rumah sedara mara dulu before beli kat nurseri (last choice!)

      Delete
  5. wow beshnya..
    semua main petik..
    anim semua p kedai..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu..kelebihan org tua tanam, anak cucu yang tuai hasil....time menghijau, seronok hati....

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)