12 July 2014

Menu Berbuka Minggu Kedua Ramadhan 2014


Menu 8 Ramadhan (6 Julai 2014)
- Balik berbuka di rumah mertua di Seremban.
- Tolong-tolong masak di dapur dengan mertua, lauk belah sana - gulai udang kacang buncis, sambal goreng ayam, kentang goreng potong dadu.
- 1st time pergi bazar ramadhan tahun ni, beli juadah tambah-tambah - aku beli murtabak ayam dan daging serta air teh bunga. Alahai...taubat nasuha betul nak jejak kaki kat bazar ramadhan, tak kisah la kat Melaka ke, kat Seremban ke.....masiinnnnn giler kuah murtabak tu.
- Agaknya kat Seremban tengah musim buah manggis, rambutan dan durian.....jadi side dishes menu berbuka. Aku tak sentuh langsung.


Menu 9 Ramadhan (7 Julai 2014)
- Masak sambal tumis telur mata (suami request), ayam goreng, terung masak layur dan sambal belacan (resepi Ateh).
- Panaskan balik rendang daging dan ikan jenak goreng dari fridge.
- Pemanis mulut: buah rambutan kopek siap-siap lepas tu sejukkan dalam fridge.


Menu 10 Ramadhan (8 Julai 2014)
- Pertama kali belajar masak lauk kurma telur puyuh kentang, resepi hasil google dan blog orang. Alhamdulillah! Suami puji sedap dan cukup rasa.
- Tambah menu cendawan goreng berempah, ulang makan terung masak layur dan sambal belacan. Tak jemu la makan sambal belacan dengan nasi panas.


Menu 11 Ramadhan (9 Julai 2014)
- Menu sotong goreng kunyit berkuah, resepi dari blog dan tempe goreng.
- Ulang panaskan lauk kurma telur puyuh kentang, makan dengan sambal belacan.
- Jiran sebelah rumah beri bubur lambuk. Alhamdulillah...rezeki!


Menu 12 Ramadhan (10 Julai 2014)
- Masak gulai telur itik / masak lemak cili padi telur itik belimbing (kegemaran suami), terung masak layur dan sambal belacan.
- Suami minta gorengkan nugget untuk dia.
- Ulang panaskan lauk sotong goreng kunyit berkuah dan baki bubur lambuk semalam.


Menu 13 Ramadhan (11 Julai 2014)
- Masak sambal goreng telur dadar, udang goreng berempah, ayam goreng, sayur terung layur. Ulang makan sambal belacan dan sotong goreng kunyit berkuah.


Menu 14 Ramadhan (12 Julai 2014)
- Balik ke Seremban berbuka di rumah mertua. Mertua dah siap-siap masakkan rendang ayam dan sayur campur.
- Beli murtabak singapore, kuih muih dan air teh bunga di bazar ramadhan untuk tambah menu atas meja. 1st time jumpa kuih sopang atau orang panggil badak berendam.

Kuih sopang (kuih tradisional nogori) atau kuih badam berendam

2 comments:

  1. kuih sopang..fes time dgr... badak berendam yg sue pnah makan rupa dia x mcm ni plak..heheh..lain negeri lain kekdahnya kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sopang dan badak berendam benda sama Sue...Yani tanya sendiri kat akak yang jual tu, dia kata benda sama cuma istilah orang panggil je lain...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)