12 Mei 2014.
Hari Ketiga (8 Mei 2014).
Sambungan cerita awal pagi 8 Mei tu, alhamdulillah aku dapat membuang air kecil seperti biasa 2-3 kali (pukul 1 pagi, 4 pagi dan 8 pagi). Buang angin pun dah. Huhuhu....
Doktor dan nurse suruh minum air masak sedikit demi sedikit secara berperingkat, lepas tu baru jamah sikit air manis atau nourishing fluids. Takde maknanya pada aku! Kering tekak jangan cakap la, aku teguk air 2-3 cawan, baru hilang haus tekak. Dalam pukul 10-11 malam 7 Mei tu, aku minum secawan air yogurtmilk. Nikmatnya haaii~
Tengahari jam 12. 20 tengahari, baru nurse hantarkan bubur nasi. Makanan pertama selepas 48 jam berpuasa makan. Barulah dapat jumpa bubur nasi mayat, sayur kubis lunyai dan sup ayam kejung......syorga doniaaa~~~ Terpaksa membayangkan tengah makan bubur ayam McD sambil tutup mata. Nasib baiklah bibik ada bawa bekal sambal goreng, jadi ler penambah rasa bubur nasi yang tawar meleseh tu.
Waktu doktor Kuharaj buat round di wad 3-1 lepas jam 2.00 petang, dia bukakan tampalan luka tebukan laps dan suruh dedahkan pada udara macam biasa. Setiap beberapa jam memang nurse sediakan 2 biji ubat untuk aku makan; ubat antibiotik dan ubat painkiller.
Ikutkan kata nurse, temujanji seterusnya dengan klinik O&G adalah selepas 6 minggu pembedahan laps ni, cuma nurse belum dapatkan tarikh sebenar.
Untuk rekod, hanya selepas 3-4 hari pembedahan laps barulah aku dapat membuang air besar seperti biasa (buang air besar Selasa petang tu tak kira la sebab guna anema ye!). Operate hari Rabu, hari Sabtu baru terasa nak buang air besar naturally. Cuak gak aku, sebab aku dah terbiasa lawas setiap hari 2 kali. Bila dah lawas tu, rasa bersyukur sangat perut tak rasa bloated.
Selain itu, setakat hari ini (Ahad - 11 Mei 2014), lendiran dan darah yang keluar beserta dye HSG tu masih keluar terutama masa buang air kecil. Tapi, alhamdulillah aku dah mula solat macam biasa start hari Jumaat, langsaikan sekali solat qadha. Lapik underwear dengan pad atau pantyliner setiap masa.
terasa ngilu tak mase kite nak kencing tu
ReplyDeleteSo far, tak de plak rasa ngilu masa kencing....
DeleteAlhamdulillah Yani selamat..
ReplyDeleteAlhamdulillah Umi Sufi....dah selamat buat laps, masih dalam proses recovery .....
Deletealhamdulillah..
ReplyDeleteAlhamdulillah Zue....terima kasih!
DeleteAlhamdulillah..jaga diri baik2 Yani. Hugs
ReplyDeleteAlhamdulillah Mizz L...inshaAllah! Harap luka tebukan sembuh cepat...
Deletetengah lapar, bubur kosong tu la yg paling sedap kan yani :-) Have a good rest...
ReplyDeleteHaah ST....dalam tekak rasa perit kesan gas bius, habis juga sepinggan bubur tu dimakan.... :)
DeleteAkak ada tertengok video laps dekat link dr.hamid arshat..mcm tu tu rupanya laps tu..moga Yani cepat sembuh dear..Amin..
ReplyDeleteInshaAllah Kak Nuriz...Yani pun masa google gmbr operation laps ni, memang gerun...tapi nasib baik full bius, x sedar langsung, tahu-tahu je dah selesai... :)
Delete