11 Mei 2014.
Hari Kedua (7 Mei 2014).
Sebelum subuh nurse dah kejutkan suruh bersiap tukar pakaian wad kepada pakaian baju operation warna putih tu. Disebabkan baju putih tu agak seksi terbelah dibelakang dan sekadar diikat dengan tali je, nurse suruh sarung juga baju wad warna hijau tu buat sementara waktu menunggu nama dipanggil.
Ikutkan giliran aku adalah orang no. 2 dipanggil untuk operation laps pada jam 9.00 pagi. Tunggu punyu tunggu sampai pukul 8.45 pun belum disuruh bersedia. Doktor HO cakap maybe orang yang pertama masuk bilik OT belum selesai, jadi nama aku belum dipanggil lagi.
Dah pukul 9.10 pagi barulah aku disuruh naik atas troli untuk ditolak ke bilik OT. Suami dan bibik dan sampai di wad seawal jam 8.15 pagi, sempat aku jumpa mereka dan serahkan hp dan beg duit untuk disimpan selamat. Suami dan bibik ikut sama sampai ke ruangan sebelum garisan merah di luar bilik OT.
Suami tak lepas- lepas cium dahi, pipi dan tangan aku. Sayu je rasa hati tapi aku kuatkan semangat untuk senyum, tak nak dia risau. Doktor bahagian bius tanya beberapa soalan butiran diri aku untuk pengesahan. Lepas tu, aku dipindahkan ke troli OT dan ditempatkan sementara di ruang menunggu. Sejuknye dalam kawasan bilik OT tu sampai mengigil badan, nasib baik staf nurse selimutkan dengan kain tebal.
Dalam beberapa ketika, aku ditolak ke bilk OT no. 7, sementara menunggu bilik itu disediakan kelengkapannya, doktor bius sempat longgarkan ikatan baju putih aku. Masuk je bilik OT, ramai staf nurse dan doktor berada disekeliling aku. Doktor bius aku doktor perempuan, baik dan lembut orangnya. Dia yang banyak tenangkan aku, suruh baca doa banyak-banyak dalam hati. Dia juga yang injek ubat tahan sakit di IV drip aku. Seorang lagi pasangkan gas bius di mulut aku; dan suruh aku tarik nafas panjang sambil buka mata. Aku dok tunggu juga bila mata nak jadi mengantuk? Dalam pada aku terkelip-kelip mata pandang siling, tahu-tahu je dah gelap dunia. Sempat juga aku mengucap dua kalimah syahadah. Hahahaha......
Aku tersedar dalam keadaan mamai bila aku dengar sayup-sayup nama aku dipanggil. Berat rasa kepala, kesan bius masih kuat. Sempat melirik mata tengok jam di dinding menunjukkan 11.30 pagi. Tak larat, tertidur balik. Sedar sepenuhnya semula jam 12.20 tengahari, lepas tu staf nurse check bacaan BP normal. Akhirnya barulah aku ditolak semula ke wad, suami dan bibik setia menunggu di luar bilik OT.
Sampai di wad, kebetulan dah tiba waktu melawat pun. Suami dan bibik dapat stay lama sedikit. Adik bongsu pun ada datang melawat. Nak berbual pun tak boleh sebab tekak sangat perit kesan gas bius. Nak telan air liur pun susah. Dah dekat pukul 3.00 petang tanya doktor MO yang tengah buat round, dah boleh minum tak? Dia kata dah boleh minum air masak sikit-sikit, takut perut terkejut. Bibik suapkan 5 sudu air masak, Ya Allah rasa nikmat sangat masa tu.
Dalam pukul 4 lebih, doktor Kuharaj datang ke katil aku dan terangkan tentang apa prosedur yang dia dah buat tadi. Dia beritahu sumbatan pada tiub kiri dia dah bersihkan, dah cantik semula saluran tiub tu. Cuma masa dia masukkan dye dari bawah, dye macam tak berapa lepas hingga ke hujung tiub. Doktor kata bukan masalah blockage lagi, besar kemungkinan struktur fizikal tiub kiri aku memang sempit. Proses D&C pun dia dah buat.
Doktor kata tak perlu risau, sebab dengan sebelah tiub pun (tiub kanan), peratusan untuk conceive semulajadi adalah sangat tinggi. Jadi dia cakap jangan bimbang isu tiub kiri tu, as long as dah tak ada blockage, harap ada 'miracle' untuk conceive dengan tiub kiri tu. Cuma doktor kata, dia juga ada ambil sampel dinding rahim yang dikatakan agak tebal tu untuk dihantar ke makmal. Apa-apa keputusan makmal hanya akan dapat paling awal 2 minggu hingga sebulan lepas operation laps ni. Kalau tak ada masalah, jumpa doktor pada temujanji seterusnya. Tapi kalau sampel tu ada masalah, pihak hospital akan hubungi segera.
Alhamdulillah, pembedahan laparoskopi aku hanya melibatkan 2 tebukan sahaja; satu di atas pusat dan satu lagi berdekatan tiub kiri rahim. Kalau kena tebuk di bahagian ari-ari mungkin lebih renyah nak menjaga luka tebukan.
Staf nurse belum benarkan aku makan sampai aku betul-betul stabil, walaupun aku dah beritahu aku tak de rasa nak muntah atau pening kepala lepas operation. Mungkin sebagai langkah berjaga-jaga, nurse suruh minum air masak dahulu, lepas pukul 8 malam baru dibenarkan minum nourishing fluids. Nurse pun agak risau sebab dah hampir tengah malam (lebih 12 jam lepas operation laps) aku masih belum buang air kecil, dok ulang tanya dah buang air ke belum. Dah aku tak dapat minum air, macam mana nak keluar air kencing? Siap cakap jangan tahan kencing....ces.
Malam tu bibik temankan aku di wad. Alhamdulillah, bibik yang banyak mudahkan urusan aku. Dah dekat pukul 1 pagi 8 Mei tu baru aku terasa nak kencing, bibik yang pimpin aku ke tandas, tolong tolak sekali besi pemegang IV drip tu masuk ke tandas masa aku buang air kecil. Nak tukar pad yang basah dengan darah (darah yang keluar bersama-sama dengan dye HSG) pun, bibik yang tolong. Sayu je rasa hati aku, dah naik atas katil balik aku cakap terima kasih pada bibik Siti.
Bersambung...
I lps abis kesan bius konon dh ok rasa. Perut lapo gile, minum air milo kluar balik. Huhuhuhu... Have a good rest yani :-)
ReplyDeleteLa ye ke ST? Nasib baik perut Yani bekerjasama....minum air masak ok, minum air manis pun ok...makan bubur pun ok....alhamdulillah!
DeleteSpeedy recovery kak! Insya-Allah, Insya-Allah, Insya-Allah :)
ReplyDeleteInshaAllah terima kasih Lea....doakan ada rezeki akak lepas operation ni ye? Sangat-sangat rindu nak continue minum shake Herbalife sepanjang di wad...
Deletesampai mcm tu yer.....
ReplyDeleteSampai macam tu yer apa tu...Anim? :)
DeleteSaya pun bru buat lap & dye..... hri ke 9 hri ni.... tiub dua2 blocked.
ReplyDeleteOh ye ke? So apa prosedur yg Dr buat masa operation pd Marlina? Dia ada rebiu lepas operation tak? Dah ok takn2-2 tiub yang tersumbat tu?
Delete