10 Mei 2014.
Hari Pertama (6 Mei 2014)
Seawal jam 8.50 pagi dah sampai di wad 3-1,serah diri pada hospital. Sampai je kat wad, lepas daftar di kaunter hasil, nurse tanya dah sarapan ke. Aku cakap dah. Rupa-rupanya, start pukul 9.00 pagi sampai waktu operation laparoskopi aku kena puasa makan. Alahai.....aku hanya sempat shake Herbalife je pagi tu.
Nurse beritahu, hanya boleh minum nourishing fluids macam air soya dan air milo je sampai pukul 5 - 6 petang, lepas tu hanya boleh minum air masak sampai pukul 12 malam. Selepas pukul 12 malam hingga ke pagi nak operate tu kena puasa makan dan minum. Aku minta suami belikan air kotak milo kat cafe hospital untuk alas perut. Lepas tukar baju wad, aku baring-baring di katil sambil doktor MO ambil detail perubatan.
Kebetulan masa aku masuk wad tu, doktor pakar tengah buat round di setiap katil dengan MO dan HO wad 3-1. Ikutkan kelayakan, aku boleh dapat bilik 2 orang 1 bilik, tapi buat sementara waktu aku ditempatkan di wad 4 orang 1 bilik sebab bilik kelayakan aku sudah penuh. Aku ok je, lagipun ada kawan nak berbual. Lepas doktor pakar review kes dalam bilik aku tu, 3-3 jiran katil aku dapat discharge pagi tu juga....dah tinggal aku sengsorang! Tapi budak katil sebelah cakap jangan risau, kejap je katil wad akan penuh.
Dalam pukul 2.30 petang, nurse tolak aku dengan wheelchair ke bilik 7 bahagian bersalin untuk buat scan. Dr Kuharaj yang request buat scan pada aku. Hasilnya, ketebalan dinding rahim aku walaupun lepas period masih tebal. Lama juga menunggu di aisle depan bilik 7 tu, kiri kanan aku ibu-ibu mengandung dengan baju wad warna pink, rata-rata tunggu giliran untuk scan perut dan akan melahirkan secara c-zer. Aku seorang je yang pakai baju wad warna hijau. Huhuhu....macam-macam ragam boleh tengok. Ada yang dok berjalan ke sana-ke sini nak mudahkan bersalin, ada yang menangis sakit, ada yang dok mengah pegang perut (besar betul perut....kembar kot?). Selesai urusan scan aku, aku ditolak balik ke wad dalam pukul 4 lebih.
Dalam pukul 6.30 petang, nurse panggil masuk ke bilik rawatan. Dia suruh tanggalkan underwear; nak bersihkan bahagian ari-ari dan masukkan ubat lawas buang air (anema) tu. Segan oi! Kesan ubat anema tu tak sampai 3 saat lepas dimasukkan!! Mencecet aku berlari ke tandas, memulas-mulas perut dibuatnya. Mungkin juga sebab perut kosong tak berisi dan setakat minum air milo je. Suami yang baru sampai, call aku yang dalam tandas. Aku suruh dia pergi jumpa doktor di kaunter wad sementara aku masih dalam tandas. Doktor nak jumpa suami untuk dapatkan tandatangan kebenaran untuk lakukan pembedahan dan pemindahan darah kalau perlu.
Lepas suami balik habis waktu melawat, memang terbaring je la sampai ke malam. Aku tidur-tidur ayam sebab kejap-kejap nurse datang ambil tekanan darah, kejap-kejap ambil sampel darah. Part pasang tapak untuk IV drip tu memang perit. 2 orang doktor buat baru dapat cari tapak IV drip. Kali pertama cucuk kat atas tangan kiri, sampai bengkak instantly. Tukar ke atas tangan kanan pula. 2 kali cucuk pun tak dapat. Yang terakhir barulah boleh, itu pun placing tapak tu macam susah nak gerakkan tangan. Menahan perit je setiap kali gerakkan tangan.
Bersambung...
ala menahan perit tu tak sangggupppppp..... nextt entryyyyyyy ples hehehheh
ReplyDeleteDemi zurit, Eida.....semua Yani sanggup.....kena tahan sikit, sakit beranak nanti lagilah bertarung nyawa...
DeleteA night before laps, memang susah nak lelap mata... uhuhuhu...
ReplyDeleteYani susah nak lelap sbb asyik terkejut2 nurse dtg kejutkn nak ambik bacaan BP dan sampel darah...
DeleteMmg kena kosongkan perutt betull tuu..hehe
ReplyDeleteKlinik/hospital lain Yani tak pasti tapi GH Melaka punya prosedur memang macam tu...dia x nak masalah berlaku lepas ops (muntah)
DeleteNext entry kak. Bc yg ni pun dh kerut2 dahi mcm kita lak yg rasai kesakitan tu. Hihi
ReplyDeleteDah siap dua entri sambungan dah CikJi...silalah baca. Pengalaman sekali seumur hidup (inshaAllah...harap2lah!)
Deletenext entry please... tak sabar nak tunggu. saya pernah experience macam tu gak. doktor pelatih kot masukkan drip. tak dapat2. kesian tangan saya
ReplyDeleteDah siap entri seterusnya, Zarith.....sudi2kanlah baca....pasang drip hari Selasa, hari Jumaat baru nurse cabut tapak IV drip tu...perit dan bengkak sampai hari Isnin masih terasa....huhu!
Deletesemoga akak kuat...hehehe
ReplyDeleteInshaAllah...memang kena kuat, Anim...kalau tak, sampai bila pun tak ada progress dalam usaha TTC ni....kan?
DeleteBerapa koa rawatan laparoskopi di hospital melaka
ReplyDeleteMacam saya penjawat awam, tiada sebarang kos dikenakan untuk pembedahan laparoskopi dan ubat-ubatan semasa discaj dan urusan di kaunter hasil GH Melaka. Kalau swasta saya kurang pasti.
Delete