4 Mei 2014.
Alhamdulillah...malam tadi lepas solat berjemaah Maghrib dan Isyak, kami adik beradik berempat yang tinggal di Melaka buat majlis tahlil dan bacaan yasin sempena 40 hari arwah mak. Kebetulan, tarikh ke-40 hari tu jatuh tepat pada hari aku akan operate (inshaAllah Rabu ini - 7 Mei 2014), jadi majlis tahlil ni diawalkan sedikit untuk disekalikan dengan doa selamat untuk diri aku.
Kami buat potluck, masing-masing bawa makanan dan minuman sendiri dan berkumpul di rumah mak. Aku dan bibik di rumah ditugaskan jerang nasi, buat air panas dan sediakan pinggan mangkuk. Aku tambahkan menu jagung rebus, popiah basah dan dua balang kuih tat. Bibik pula buat cucur jagung dan sayur pucuk ubi rebus dengan cilipadi.
Kakak-kakak bawakan 3-4 jenis lauk, adik bongsu pula bawakan bahan-bahan air cocktail. Disebabkan kami buat majlis ringkas adik beradik je, tak de la jemput jiran-jiran sekeliling. Tapi kami jemput juga adik arwah mak (Mak Lang) datang makan sekali, kebetulan semalam hari lahir Mak Lang jadi kami buat doa selamat sekali untuknya.
Seronok dapat berkumpul ramai-ramai dengan adik beradik dan anak-anak buah. Rindu sebenarnya bila masing-masing dah kembali pada rutin hidup berkeluarga, kena cari masa untuk berkumpul bersama. Kalau famili Kak Long dan Bangah ada sama malam tadi, mesti lebih meriah suasana dalam rumah mak dengan hiruk pikuk dan gelagat anak-anak buah. Arwah mak mesti suka dan seronok tengok kami berkumpul adik-beradik dan cucu-cucunya ada di depan mata.
Al-fatihah untuk arwah mak, Fatimah Binti Ahmat.....
al-Fatihah untuk arwah ibu dan semoga segalanya dipermudahkan yer untuk operation tu...
ReplyDeleteTerima kasih Farah, inshaAllah doakan untuk Yani cepat sembuh ye....
DeleteSemoga doa anak2 soleh dan solehah menjadi peneman arwah dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..Amin..semoga dipermudahkan laps nanti..:-)
ReplyDeleteInshaAllah Kak Nuriz....pejam celik pejam celik macam tak percaya dah hampir 40 hari arwah Mak tiada...rindu yang tak berpenghujung, kan kak?
Deletebahagia mak yani dapat kiriman doa dari anak2nya... smg Allah melimpahkan Rahmat Nya atas ibu yani...amin...
ReplyDeleteAlhamdulillah...inshaAllah ST...bila dik beradik dok share gambar mak dalam whatsapp group kami...rindu tgk senyuman mak....manis!
Delete