Sebelah petang semalam, agak gusar nak ke pusara arwah Mak, langit mendung seakan hujan bakal turun membasahi bumi. Tapi kuatkan juga semangat, niat nak menziarahi pusara mak dan buat tahlil. Aku cakap pada adik, kalau turun juga hujan lebat, kita baca juga tahlil dalam kereta berdekatan pusara mak.
Sampai di pintu masuk kawasan perkuburan, memang dah terasa beberapa titisan hujan di tangan. Kebetulan, pintu pagar kawasan perkuburan yang membolehkan kenderaan masuk ke dalam dikunci. Nekad, kami berbondong-bondong angkut tikar dan payung, menuju ke pusara Mak yang berada agak jauh ke bahagian bawah kawasan perkuburan.
Alhamdulillah...sebaik sahaja kami memulakan bacaan tahlil, titisan hujan berhenti turun. Macam tak jadi hujan, berbaki langit mendung sahaja. Dapatlah kami selesaikan tahlil tanpa tergesa-gesa. Amin! Terubat kerinduan pada arwah Mak...
P/s: Dalam satu hari yang sama, menziarahi kedua-dua arwah Mak dan Abah di pusara abadi. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu perasaan dalam hati ini.
Alhamdulillah... Tahlil dpt disempurnakan...:)
ReplyDeletecomel je yg tgh2 tu buat "peace" tu.. anak sedara ke
Alhamdulillah Sue...
DeleteHaah, tu anak sedara Yani, anak adik bongsu Yani yg doktor tu.
Cukup2 manja dengan suami Yani, kalau datang rumah memang minta dukung setiap masa.
Sampai adik Yani bergurau kata "Aina ni salah masuk perut Mama, patutnya masuk perut CikDa (Yani)" Huhuhuhu.....kalau ada anak, agaknya dah sebayar Aina agaknya...
Smg makbul doa yani buat both of ur parent... comelnyeee Aina :-)
ReplyDeleteInshaAllah ST....Aina memang comel, tunggu time dia jerit nama Yani, memang x jadi nak solat dibuatnya....tutup pintu takut dia kacau, baru angkat takbir...dia boleh jerit "CikkkkkkDaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa" berulang kali tanpa jemu sampai kita jawap...hahahaha! Sabar jer la...
Delete