15 April 2014.
15 April 1945 - 15 April 2014.
Rindu nak cium pipi dan dahi Abah macam dulu.
Jam 9.30 pagi aku, suami, bibik dan anak buah sudah sampai ke pusara arwah Abah, membuat tahlil untuk arwah Abah.
Abah,
Ida rindu bau pipi dan tangan Abah.
Ida rindu nak cium pipi, dahi dan tangan Abah.
Ida rindu ciuman bertalu-talu abah ke pipi Ida setiap kali ida jumpa Abah.
Maafkan Ida sebab tak dapat jaga Abah, dan jumpa Abah, disaat Abah perlukan kami disisi.
Apa pun yang terjadi dalam keluarga kita dulu, Ida tetap sayangkan Abah.
Tanpa Abah, Ida tak akan ada di muka bumi Allah ini.
Abah,
Mak sudah pulang ke rahmatullah pada 29 Mac 2014 yang lepas.
Arwah mak disemadikan di kawasan perkuburan dalam kampung mak.
Seperti selalu yang mak sebut-sebut dulu, mak nak 'dekat' dengan arwah Nenek.
Arwah Abah pula disemadikan di kawasan perkuburan di kampung Abah, seperti permintaan yang Abah pernah suarakan pada adik beradik arwah Abah dulu.
Alhamdulillah, doa mak dimakbulkan.
Pemergian mak menyusul Abah selepas 3 tahun 1 bulan 25 hari Abah meninggalkan kami semua.
Semoga arwah Abah dan Mak tenang bersemadi disana.
Kami tak akan pernah lupakan arwah Abah dan Mak, tak mungkin selagi dengan izin-Nya.
Al-Fatihah Abah....dan Mak.
P/s: InshaAllah, petang ini akan ke pusara arwah Mak, bacakan tahlil untuk Mak juga.
:'( al-fatihah...be strong o.k
ReplyDeleteTerima kasih Madam Mawar...inshaAllah!
Deleteal-fatihah..
ReplyDeleteTerima kasih Yana.....sama tarikh hari lahir ayah kita, kan?
DeleteAl-Fatihah, semoga mereka tenand dan damai di sana...
ReplyDeleteInshaAllah Farah, itulah doa kami adik beradik untuk arwah Mak dan Abah....
Delete