13 April 2014

Percutian Pendek Ke Port Dickson


13 April 2014.

Rancangan awal nak ikut famili kakak aku ke Legoland, Johor. Bila buat kira-kira bajet, erk! Macam tak berbaloi je....budjet burst...

Jumaat malam tu juga dok survey-survey hotel dan resort. Mula-mula macam nak cuba Desa Balqis, Kuala Linggi. Bila cari info, no telefon di KL hanya pada waktu bekerja. Potong betul la! No contact di Melaka tak ada pun diletak di websitenya.

Telefon PNB Ilham Resort, penuh. Haish...teringat Corus Paradise PD. Bila telefon, dia kata masih banyak bilik available. Ok, on! Buat tempahn secara dalam talian. Pagi-pagi Sabtu baru mengemas barang, bibik buat mee goreng untuk sarapan. Bergerak dari rumah dalam pukul 10 pagi, ikut jalan Kuala Linggi - Port Dickson.

Dalam perjalanan sempatlah singgah di PD Ostrich Farm. Menarik juga tempat ni. Dah lama tak bercuti di PD. Dulu pernah datang sini, beberapa tahun lepas. Tengahari singgah makan di kedai makan di Teluk Kemang sebelum check in pukul 2.00 petang.

Sampai hotel, rehat-rehatkan badan sampai pukul 4 petang, lepas tu turun ke kolam renang. Memandangkan peraturan pakaian di kolam renang yang ketat (prrftt!), anak buah lelaki aku je la yang berendam dalam kolam renang, sambil bibik duduk memerhatikan dari jauh. Encik suami rendam badan sekejap lepas tu turun ke tepi pantai dengan aku. Jalan-jalan berdua, dating....huhu. Ambik gambar, dok berbual-bual. Dalam sejam, encik suami naik semula ke kolam renang hotel, panggil bibik dan anak buah turun ke pantai.

Kat pantai, mandi-mandi bertiga, bibik tak mahu basah, so jadi tukang jaga barang. Mula-mula aku mandi tak basahkan kepala dan tudung. Anak buah dan suami dok usha jet ski. Boleh tahan mahal juga sewa jet ski kat ini; 15 minit RM100. Rasa tak berbaloi je. Lagipun harga ikut CC jet ski juga, yang lebih tinggi CC lebih mahal. Ada dua tiga permainan pantai yang ditawarkan; jet ski, banana boat dan chariot war bird. Budak yang jaga permainan tu suruh cuba chariot war bird, game baru kat situ dan harga agak berbaloi, dan boleh main bertiga. Main 15 minit, RM30 seorang.

15 minit nampak macam sekejap, tapi bila dia dah start main...macam nak tercabut jantung dibuatnya! Saje je budak tu buat drift kat kawasan berombak kuat, terjerit-jerit kitaorunk. Banyak juga air laut masuk mulut....masin! Hahahaha.....sampai aku dah terfikir nak suruh budak tu bawak kitaorunk balik ke tepi pantai je. Sakit juga tangan memaut tepi pelampung tu, pinggang pun sengal asyik terhentak-hentak bila melambung dilanggar ombak.

Pukul 6.30 petang naik semula ke hotel. Lepas solat Maghrib, keluar makan di Pekan Port Dickson. Jammed hoi..rupanya ada pesta apa ntah, banyak betul kereta dan ramai orang. Makan malam kat kedai satay Samuri Kajang. Balik ke hotel, mata dah tak boleh tahan mengantuk sangat.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)