06 March 2014

Mak : Pindah Wad


6 Mac 2014.

Alhamdulillah, petang semalam sebelum balik kerja dan ke hospital, dapat whatsapp dari adik beritahu mak dipindahkan ke wad lain. Mula-mula tu terkejut juga, kenapa pula ditukarkan? Rupa-rupanya doktor dah klasifikasikan kes kesihatan mak kurang kritikal dan dipindahkan ke wad lain untuk tujuan pemantauan sahaja. 

Dari wad 4-1 (di wad 4-1 pun beberapa katil tukar lokasi katil; kejap di ruang luar, lepas tu bilik berempat dan terakhir bilik berenam), mak dipindahkan ke blok A4. Alhamdulillah lebih selesa, mak ditempatkan dalam bilik bertiga. Nurse-nurse dan doktor di wad 4-1 yang dah mesra dengan mak dan bibik sedih juga bila mak dipindahkan. 14 hari kot duduk kat wad tu! Sampai bibik dah popular kat wad 4-1, sebab bibik pandai urut, nurse kadang-kadang minta bibik urutkan badan. Kui kui kui. Adik aku cakap, masa nak pindah wad tu, sampai ada nurse yang minta nombor telefon bibik. Huhu! 


Kesian mak, dah ulang kali cakap bosan duduk kat hospital. Tapi nampak gayanya memang makan masa sedikit untuk discharge sebab doktor masih pantau kesan antibiotik pada jangkitan kuman mak. Sapalah nak duduk kat hospital lama-lama, kan? Aku ni laaaaaaaggi la bosan bila balik rumah, tak nampak muka mak. Sebab tu, aku sedaya mungkin datang ke wad jenguk mak setiap hari. Adik beradik lain ada komitmen keluarga, jadi better la aku yang lebih kerap jenguk mak tengok apa-apa keperluan mak dan bibik.

6 comments:

  1. Alhamdulillah, beransur sihat dah mak yani. Smg dapat keluar cepat dari hospital. I dok 3 hari pon dah boring rasa.... huhuhuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la dia nyer ST...alhamdulillah dah beransur-ansur sihat. Nak happykan hati mak, setiap kali datang memang tanya nak makan apa, makanan hospital memang can not go la...kita yang sihat ni tengok pun tak selera, inikan pula orang sakit.

      Delete
  2. alhamdulillah! bestnya.. semoga kesihatan mak yani semakin baik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Zue....memang berharap sangat mak makin sihat, tak sabar nak bawa balik. Keluar nanti dah plan nak bawa jalan-jalan...

      Delete
  3. Replies
    1. Hehehe..tu la pasal BnC....Yani tak tahu pun sampailah bibik cakap sendiri. Siap dapat upah duit lak tu. Bibik lak jenis mulut ramah, habis semua orang dalam wad tu dia kenal medical history. Bila Yani datang melawat, kang mulalah dia bercerita jiran sebelah katil mak sakit apa, siapa jaga, masuk bila......internet bergerak! Hehehehe....

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)