04 March 2014

Mak : Cuba Penuhi Selera Makan Mak


5 Mac 2014.

Waktu hari bekerja, agak sukar untuk sediakan masakan untuk mak dan bibik. Jadinya, bila ada kesempatan memasak pada hujung minggu, aku cuba seboleh mungkin untuk sediakan masakan ringkas untuk dibekalkan kepada mak dan bibik di wad.

Hari Sabtu lepas (1 Mac 2014), aku masak lauk gerang asam daging, sayur campur bayam tumis air, ayam goreng, tempeh goreng dan pencuci mulut puding roti kukus.

Hari Ahad pula (2 Mac 2014), aku bawakan lauk sup ikan jenak, sambal udang terung dan ayam goreng. Kebetulan malam Sabtu tu lepas buat dialisis, bibik telefon kata mak nak makan sup ikan. Ikutkan, aku tak pernah masak sup ikan sepanjang hidup aku. Nasib baik lepas tanya adik beradik dalam group whatsapp dan rujuk buku resepi 1 Hari 1 Resepi : 365 Resepi Istimewa Chef Hanieliza, aku berjaya juga masak sup ikan kat rumah, cuma aku gantikan ikan merah dengan ikan jenak.

 
Masa melawat mak Ahad petang, kebetulan hampir semua adik beradik dan menantu mak ada sama datang melawat, jadi meriah la sikit. Mak suruh aku tolak wheelchair mak ke tingkat 3 blok wad mak sebab nak hirup udara di luar. Agaknya mak rimas kot dok terperap atas katil wad sepanjang hari. Dapatlah bergambar beramai-ramai dengan adik beradik aku, menantu-menantu mak dan dua orang cucu mak.


Malam semalam (malam Isnin - 3 Mac 2014), aku dan suami menghantar abang aku ke LCCT Sepang, abang aku nak berlepas ke Brunei. Ada rezeki jumpa coklat Pepero ni kat kedai jual produk pelbagai jenama coklat. Suami beli sekotak besar je. Masa datang melawat mak petang tadi (4 Mac 2014), aku bawakan coklat ni untuk mak. Mak makan sebatang je lepas tu dah takmo dah. Rupanya, mak dah makan habis sepinggan bakso sebelum aku sampai di wad mak petang tu. 

Alhamdulillah mak dah mula ada selera makan, cuma suhu badan mak sukar dijangka. Mak ada cakap, doktor ada maklumkan bahawa mak mungkin masih ditahan di wad sehingga tempoh 5, 6 hari lagi untuk doktor pantau betul-betul jangkitan kuman dalam darah mak dikeluarkan. Sekarang ni, setiap hari doktor masukkan 4 botol ubat antibiotik dalam badan mak. Masa aku datang petang semalam, badan mak sedikit panas.

Untuk rekod, setakat hari ini (5 Mac 2014), mak telah ditahan selama 14 hari di wad GH Melaka (mulai 19 Februari 2014).

8 comments:

  1. Assalam,

    salam ziarah dari bunda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam...terima kasih sudi jenguk blog Yani ni, Bunda.....

      Delete
  2. Alhamdulillah..dah ada selera makan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la Sue, seronok bila mak dah mula rekues macam-macam nak makan. Kelmarin sampai merajuk dengan Yani datang tak bawa apa-apa (lepas kerja berdesup lari ke GH Melaka, mana la sempat nak beli apa2....) Bila suap makan dan habis, lega hati...

      Delete
  3. Saya doakan rezki Yani and husband melimpah ruah hendaknya atas budi dan bakti Yani pada ibu. Allah beri peluang pada Yani untuk tambah pahala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BnC, mungkin Allah dah takdirkan rezeki Yani dan suami sekarang adalah peluang jaga mak dulu. InshaAllah, kadang bila nak mengeluh penat (drive ke sana ke sini, berkejar ke hospital, balik rumah sampai lewat malam), terfikir balik....kalau bukan aku, nak harap siapa lagi? Kalau mak sihat pun, mesti mak tak nak susahkan anak-anak mcm ni...terus fikir positif balik.

      Delete
  4. alhamdulillah, nampak semakin sihat mak yani. betul tu, time ni lah kita nak berbakti beul betul pada mak. ada hikmah di sebalik segalanya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Zura...syukur sangat-sangat mak dah beransur sembuh. Tapi kesian gak kat mak, beberapa hari ni dtg melawat mak kata bosan duduk wad, nak balik rumah....masalahnya, doktor memang dah cakap kena stay kat wad lama skit sebab nak pantau kuman betul-betul 0% dalam badan mak.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)