10 March 2014

Mak : Mengajuk Pula

 
10 Mac 2014.

Masa dalam perjalanan balik ke opis tengahari tadi, bibik telefon. Suara antara nak gelak tak gelak, bibik cakap hari ini bibik asyik kena marah dengan mak. Puncanya mak kata buah oren dan anggur yang aku bawa kelmarin masam. Sampaikan mak merajuk masa nak makan ubat, bibik kata mak tak nak makan ubat. Selalunya mak sulamkan dengan kunyah buah-buahan nak elak loya tekak telan ubat banyak-banyak. Alahai mak aku ni...hihihi!

Dah tu mak pesan, petang nanti sebelum datang melawat suruh pergi kedai belikan mak buah kiwi, buah oren manis, anggur manis selain beli pampers dewasa dan minyak kapak.

Ngajuk orang tua jangan buat main, apa yang larat ikut..turutkan je. Kalau tak dapat, kena cakap elak-elok agar faham situasi sebenar kita sebagai anak.

P/s: Adik bongsu baru call kejap ni, mak pesan belikan ayam KFC.........pulak dah!

6 comments:

  1. Alhamdulillah...selera mak yani makan :-) She's getting better yani?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selera nak makan memang ada ST, tapi bila dah belikan dan makan, paling banyak pun 3 suap je...sabo jer la....demam masih on off.

      Delete
    2. takpe, ikutkan ajelah teringin mak tu.. hehe. alhamdulillah, semoga bertambah sihat hendaknya..

      Delete
    3. Huhu...memang Zura, setakat sekarang ni, apa yang keluar dari mulut mak, memang semua orang turutkan.....seludup makanan huhu!

      Delete
  2. hee..mulut tgh rase tak sedap, tu yg rase x besh tu.. beli je apa2, walaupun ckit dia makan, Alhamdulillah leh makan kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Sue....belikan je apa yang dia nak makan. Duit boleh cari, mak tetap seorang....

      P/s: Sue, leh minta no hp tak? Nak whatsapp tanya something pada Sue.....

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)