12 March 2014

Laporoscopy, D&C dan HSG

Faham tulisan doktor tu? Hehe...berbelit-belit...
Yang aku faham dia tulis "Diagnostic laporoscopy + Dye test + Hysterosalpingography kiv proceed D&C"

12 Mac 2014.

Sementara masih fresh dalam otak ni, meh tulis balik butir perbincangan appointment di klinik OnG GH Melaka semalam. Appointment pukul 9.00 pagi, pang pung pang pung, pukul 12.00 tengahari baru jumpa doktor pakar. Alhamdulillah appointment kali ini ada perkembangan positif. Perkembangan positif yang macam mana?

Semalam aku dapat jumpa doktor pakar, Dr. Kuharaj (doktor pakar selain Dr. Tham), dia handle fail aku, TVS (trans-vaginal ultrasound) pun semalam dengan dia. Segan betul rasanya, kena kangkang lagi depan doktor dan nurse. Hasil TVS, Dr Kuharaj dapati dinding rahim aku tebal walaupun lepas period. Review sekali hasil HSG haritu, tiub kanan ok, tiub kiri tersumbat dan permukaan dinding rahim macam tak rata. Jadi, Dr Kuharaj kata lepas bincang dengan pakar lain, dicadangkan aku buat pembedahan laporoscopy sebab nak tahu keadaan sebenar dalam sistem peranakan aku.Selain itu, waktu pembedahan juga, doktor akan buat prosedur D&C untuk cuci rahim incase ada selaput, sumbatan atau jangkitan di dalam rahim. Kena buat HSG semula lepas pembedahan untuk tengok kesan selepas laporoscopy.

Dia tanya aku nak buat bila? Aku cakap ikut doktor la, secepat mungkin pun boleh. Dia semak buku besar appointment operation GH Melaka, tarikh yang masih kosong pun awal April nanti. Jadi dia slotkan sesi laporoscopy aku pada 2 April ni, tapi kena daftar masuk wad 1 April. Seronok dapat jumpa Dr. Kuharaj ni, aku selesa bertanya banyak soalan dengan dia, dan dia jawap dan terangkan dengan jelas apa langkah-langkah seterusnya untuk usaha TTC aku selepas ni.

Keputusan kedua SA suami pun doktor ada review. Alhamdulillah ada peningkatan walaupun tak banyak. Doktor kata keputusan SA suami should be ok untuk proceed apa-apa treatment (IUI/IVF) lepas ni, cuma kena check betul-betul part aku dulu. Bila berbual dengan doktor tentang supplemen yang baik untuk tingkatkan kualiti sperma, doktor kata setakat ini supplemen Tribestan yang doktor tengok ada kesan baik untuk sperma. Yang lain dia tak pasti. Dia suruh cari kat farmasi luar kalau rasa nak cuba supplemen tu.

Oh ye..aku ada juga tanya pada doktor, kalau nak buat IVF di hospital lain, boleh ke GH Melaka tolong referkan kes aku? Doktor kata tak ada masalah, cuma biasanya doktor akan cuba buat semua prosedur dan steps (HSG, laporoscopy, IUI) di GH Melaka dulu, lepas tu baru boleh refer kes ke hospital lain bersama-sama dengan fail medical history aku. Logiknya, nanti tak payah la aku kena buat semula prosedur yang sama bila ke hospital lain tu. Aku cakap kat doktor, aku dapat info rawatan IVF ada dibuat di HKL dan Hospital Besar Alor Setar, so aku tengah pertimbangkan pilihan untuk buat IVF di hospital kerajaan. Dia sampuk, dia kata IVF kat HKL dah getting better compared to last time (waktu awal-awal HKL provide rawatan IVF). Tapi kalau nak cuba di swasta, dia suruh cuba di Tropicana Medical Centre (TMC).

Lepas doktor tulis segala macam borang, dia suruh aku pergi buat x-ray, ambil sampel darah dan jumpa pakar bius. Ke bahagian SOPD (Bilik 22), isi borang dan dan berikan maklumat kesihatan. Disebabkan lagi 15 minit nak pukul 1.00 petang, kami bergegas ke bahagian X-Ray untuk buat imbasan x-ray. Sekejap je dah dapat filem x-ray, kami pergi makan tengahari dulu sebelum jumpa pakar bius semula di bilik 22 SOPD.

Waktu rehat, sempatlah jenguk mak di wad A4. Rupanya mak belum buat dialisis untuk hari semalam dan sedang menunggu giliran dipanggil. Berbual kejap dengan mak pasal appointment hari ni, aku cakap, kalau mak belum keluar wad nanti sebelum April, ada kemungkinan kita warded sama-sama. Masa aku cerita serba sedikit pasal operation laporoscopy tu, mata mak dah berkaca-kaca. Mak siap cakap, mak berdoa dipermudahkan usaha aku nak dapat anak. Nasib baik aku tak meleleh airmata masa tu, kebetulan waktu melawat dan ramai orang dalam wad. Lepas turun dari wad mak, terus solat di surau berdekatan bahagian SOPD. Serahkan filem x-ray kat kaunter, nurse suruh baring kat atas katil untuk buat prosedur ECG (electrocardiogram). Sekali lagi kena dedah breast depan nurse. Huhuhu...malunyer.


Klinik Anestesiologi


Dah selesai, nurse suruh tunggu di kerusi luar bilik doktor pakar bius. Sementara tunggu tu, nurse suruh baca dan pahamkan borang penerangan dan keizinan bius. Tak ramai orang masa tu, jadi sekejap je nama dipanggil masuk. Suami tunggu di luar. Doktor pakar bius tanya pernah ada pengalaman dibius atau dibedah ke? Aku kata tak. Dia jelaskan apa prosedur dibius semasa operation laporoscopy; untuk kes aku doktor akan beri pembiusan am (full body bius), senang cakap...pengsan terus. Kena soal siasat sama ada ada penyakit tertentu atau alah pada sebarang ubat, aku cakaplah setakat ini tak ada.


Borang penerangan dan keizinan anestesia

Lepas doktor check tekanan darah dan check dada, nurse suruh ke bilik 33 untuk ambil sampel darah. Masa sampai kat Bilik 33 tu, memang dah lengang tak ada orang kat situ. Tak perlu ambil nombor pun, dapat 3 botol tabung darah dan terus ke ruang 3. Banyak betul darah diambil, nasib baik sekali cucuk je berjaya dapat salur darah. Selesai semua prosedur, kami suami isteri ke AEON beli barang mak, lepas tu datang balik untuk melawat mak jam 5-7 malam.

Apa perasaan aku sekarang?
Aku lebih rasa teruja daripada takut menghadapi laporoscopy ni. Semoga ada hikmah disebalik semua yang berlaku dalam hidup kami suami isteri selama ini. Amin...

18 comments:

  1. semoga segalanya dipermudahkan dear...

    ReplyDelete
  2. Haih, bila pikir2kan mmg malu kan nak kangkang2 depan doc, pastu ade nurse pun siap ngadap skali.. tapi kalau pikir malu sampai bila tak terbuat2 kan.. huhu
    by the way smoga laporoscopy nant berjalan lancar.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, betul tu...terpaksa alihkan rasa malu sebab tiada pilihan.
      InshaAllah Sue..harap-harap berjalan lancar. Tengah riki blog org lain yang pernah ada pengalaman buat lapo....nak tgk apa do and don'ts nyer....

      Delete
  3. I pun dulu excited nk buat my 1st lap. heheheh...InshaAllah, smg Allah permudahkan usaha yani. Amin....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la ST...dah lama sangat dengan step makan ubat,tvs dan jumpa doktor....bila proceed prosedur lain jadi excited plak. InshaAllah amin..

      Delete
  4. good luck yani.inshaaAllah semua berjalan lancar.bykkan berdoa agar semua dipermudahkan ye.iya lak neves dgn yani nk wat laporoscopy....update us yaa. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu...takut tetap takut tapi buat masa skrg tak nak fikir sangat bab tu. Pejam celik pejam celik tak sampai berapa hari lagi je....doakan Yani ye , Iya?

      Delete
  5. alamak yani kene buat lapo ke?? takut plak dengar.. tapi yani kuat.. kita tau.. yani.. jom kita booked tarikh sesama untuk IVF kat HKL jom.. ngeeee!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Zue, doktor suruh buat lapo dulu before proceed apa2 treatment (IUI/IVF), sebab selagi tak selesaikan masalah Yani, any treatment ada possibility tak berjaya/kurang berjaya. InshaAllah...ade rezeki kita buat treatment sama2 ye? Hehe...

      P/s: Zue proceed IVF kat HKL ye?

      Delete
    2. x decide lagi.. mcm nak gi alor star tapi... baca Yani nya entry ni mcm nak try HKL plak

      Delete
    3. Masa Yani cakap kat Dr. Kuharaj pasal 2 hospital ni, dia pick up nama HKL je, maybe dari segi lokasi lebih dekat kot Melaka dengan KL....one more thing, Dr kata kat mana-mana pun rawatan IVF boleh dibuat, tak kisah government ke swasta, yg menentukan kejayaan IVF tu adalah org yg kat lab tu, cara dia cantum....part nak masukkan balik dlm badan tu, sesiapa pun boleh...MO pun boleh....hehe...tu ayat dia ye, Yani ulang balik je..

      Delete
  6. all the best yani! moga tahun ni tahun yang melimpah ruah rezeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin...inshaAllah Zura. Harap-harap Allah permudahkan lorongnya...

      Delete
  7. good luck! insyaallah dipermudahkan..don't worry sebab kita tak sedar pon...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah..amin...tu la..harap2 dipermudahkan. Doktor kata fully bius...

      Delete
  8. proxeed plus supplemen yg bagus utk husban..utk increase count sperm.. nnti bolela beli :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la Mag...Yani ada sebut supplemen tu depan doktor tapi dia mcm tak familiar dgn nama tu...inshaAllah nanti Yani cuba cari...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)