26 February 2014

Mak : Syukur Alhamdulillah



26 Februari 2014.

Status whatsapp group Villa Bonda Fatimah jam 11.00 lebih pagi tadi alhamdulillah melegakan kerisauan hati kami adik beradik.

Mak selesai dialisis jam 11 lebih malam tadi, balik ke wad dalam keadaan mak tidur keletihan. Bibik bilang, jam 4.00 pagi mak dah tidak demam panas dan kejutkan bibik untuk minum air dan nak duduk bersandar. Satu perkembangan yang memeranjatkan kalau dibandingkan keadaan mak petang semalam.

Bibik kata mak dah boleh tersenyum dan nak berbual. Paling menyeronokkan, selera makan mak kembali, makan buah anggur dan habiskan air kotak sekotak. Alhamdulillah...mungkin mak lapar sangat sebab beberapa hari demam panas, tak lalu makan dan hanya makan bubur nasi beberapa suap sahaja. Pagi tadi, semua doktor yang datang jenguk mak berkumpul di tepi katil mak dan puji mak dah boleh tersenyum dan buka mata. Doktor seronok tengok badan mak bertindak balas  baik dengan ubat antibiotik yang dimasukkan petang semalam.


Kuasa doa.
Bukti kekuasaanNya mendengar doa anak-anak mak.
Meleleh airmata masa dapat berita mak pagi tadi.
Sejak balik dari wad semalam hingga hari ini, tak lekang doa dibaca untuk kesihatan mak.


Waktu tengahari bibik telefon, beritahu mak minta belikan buah anggur lagi dan carikan buah mata kucing. Syukur, syukur ya Allah. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku saat dengar suara ceria bibik bercerita tentang perihal mak sepanjang pagi tadi.



Gambar mak petang tadi masa waktu melawat. Berdebar-debar hati masa naik Aras 4 wad mak. Tak sabar nak tengok muka mak. Masa aku sampai, kakak, abang dan suami sudah lebih awal sampai. Allahuakhbar....mak tersenyum manis. Manisssss sangat! Rindunya.....aku cium pipi mak bertalu-talu. 

Suami aku cakap, mak ada sebut nak jalan-jalan ke Cameron Highlands bila dah keluar hospital nanti. Seronok hati bila dengar permintaan mak. Aku on je.....demi mak, pergi kemana-mana pun inshaAllah aku usahakan. Layan berbual dengan mak macam-macam cerita. Aku suruh mak genggam buah oren untuk gerakkan tangan kanan yang membengkak semasa kena jangkitan di awal admission wad dulu. Tangan mak kena latih gerak selalu agar otot tangan mak tak kaku dan mengalakkan peredaran darah.

Kepada yang mendoakan mak Yani selama mak di wad ini, Yani tak dapat balas budi baik kalian dengan wang ringgit, cuma iringan doa setiap kali lepas solat agar Allah membalas semua kebaikan kalian dengan rahmat dari-Nya. Amin ya rabbal alamin.....terima kasih...


10 comments:

  1. Alhamdulilah..lega rasa dengar mak yani dah ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Mizz L...betul, rasa lega bila dapat tengok keadaan mak skrg, cuma masih dalam pemantauan doktor.

      Delete
  2. Alhamdulillah nampak muka mak ceria & mampu tersenyum.. syukur ya allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zue...syukur sangat-sangat Zue, hanya Allah sahaja yang tahu betapa gembira hati kami anak-anak mak tengok mak dah mula tersenyum, bila bergurau mak senyum lebar....Allah! Tak boleh gambarkan perasaan dalam hati ni.

      Delete
  3. alhamdulillah, sihat dah mak yani! yey!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...terima kasih ye Zura...kawan2 banyak mendoakan...tak terbalas budi baik...

      Delete
  4. Alhamdulillah..syukur mak Yani dah sihat .....Semoga lepas ni kesihatan nya bertambah baik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, terima kasih mawar....hari ni adik bongsu yang pergi melawat mak tengahari td beritahu, mak dah lebih bertenaga dari semalam, badan mak respond dengan baik pada ubat antibiotik baru (terkuat) dan antifungal.

      Delete
  5. Alhamdulillah, mak Yani bertambah sihat... lega kan kalau dah nmpk senyuman..hee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.....lega sangat-sangat Sue.... amin, terima kasih ye Sue mendoakan mak Yani kembali sembuh.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)