25 February 2014

Mak : Makin Lemah


25 Februari 2014.

Tak banyak perubahan mak hari ini. 2 jenis ubat antibiotik doktor pakar dah masukkan dalam badan mak. Ubat yang pertama, suhu badan dan demam mak kebah beberapa hari, waktu tu mak masih mampu berbual dan duduk melunjur kaki. Selepas tu, suhu badan mak naik semula dan mak demam panas. Bermula dari situ, keadaan mak makin lemah.

Dah tak nak makan, hanya banyak minum air zam zam, demam panas hingga 39°c dan meracau. Hati anak mana yang tak luluh kesedihan bila lihat mak sendiri dalam keadaan macam itu? Mata mak terkatup rapat, butir perkataan yang keluar dari bibir mak tak dapat ditangkap. Bila dipanggil nama, sekali sekala baru mak buka mata tapi pandangan kosong.

Doktor pakar brief pada adik bongsu, pihak hospital dah cuba rawatan antibiotik secara general sebab jangkitan kuman mak tak menunjukkan simptom yang spesifik. Keadaan mak yang meracau dan mamai adalah kesan jangkitan kuman dah sampai saraf otak.

Tengahari tadi, kak long sampai dari KL melawat mak di wad. Lepas kak long belek-belek keadaan mak, aku ambil peluang cium pipi mak dan usap tangan mak. Aku cium pipi mak dengan cara yang biasa aku buat masa mak sihat, waktu aku nak pergi kerja waktu pagi. Masa tu mak buka mata dan pandang arah aku. Mak senyum. Aku cium lagi pipi mak bertalu-talu. Lagi sekali mak buka mata, pandang arah aku dan tersenyum. ALLAHUAKHBAR! Berjuraian airmata aku saat tu....rindu sangat-sangat akan senyuman mak. Bila kak long tanya mak...."Mak cam tak siapa ni?" Dua kali mak sebut nama aku "Ida....Ida..."

Ya Allah....Ya Allah...Ya Allah....

Kami bergilir-gilir lap badan mak yang masih panas. Nurse check suhu mak naik semula dari semalam; 38°c. Along ajar mak beristighfar, mak ikut dan ulang baca walaupun suara mak tenggelam timbul. 4 botol ubat antibiotik dimasukkan dalam badan mak untuk turunkan suhu demam.

Aku maklumkan pada ketua unit, aku minta kebenaran untuk tidak masuk pejabat selepas waktu rehat tengahari. Sementara tunggu waktu melawat jam 5 petang -7 malam, kami adik beradik berehat di kerusi panjang di depan kaunter unit hasil. Aku dan suami lari ke kereta sekejap untuk ambil charger hp dan ubah kedudukan parkir. Dalam perjalanan ke kerusi panjang tu semula, kami berselisih dengan satu katil yang di tolak dari arah unit scan jantung (echo). Aku perhatikan kaki pesakit yang terlantar atas katil tu, hati aku terdetik....macam bentuk kaki mak sebab ada kesan kulit gelap (kencing manis). Bila aku toleh tengok muka pesakit, rupa-rupanya memang mak yang berada atas katil tu! Bibik yang ikut staf nurse dari belakang beri signal, mak baru buat scan dan x-ray jantung untuk tengok kesan jangkitan kuman pada badan mak. Kami tak dapat ikut sebab wad belum dibuka untuk pelawat masa itu.



Tepat jam 5.00 petang, kami naik ke wad 4-1. Kesian tengok bibik tidur di hujung kaki mak; keletihan sangat. Syukur alhamdulillah demam mak dah sedikit kebah, badan dah tak panas lagi. Makanan petang sampai, kami suapkan mak sedikit bubur nasi. Nurse berikan ubat pil mak yang sudah ditumbuk halus untuk memudahkan mak telan. Bibik gaulkan ubat dalam bubur nasi mak supaya senang telan. Kami tak berkesempatan untuk duduk lama disitu sebab mak nak dibawa ke bahagian HU (haemodalisis) di blok lain jam 6.15 petang. Proses dialisis memakan masa lama.

Ya Allah...berikanlah kami adik beradik kekuatan dan ketabahan hati menghadapi dugaan ini dengan redha hati...

12 comments:

  1. semoga tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan ini yer... saya faham rasanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Farah....inshaAllah, mohon doakan kesihatan mak Yani bertambah baik.

      Delete
  2. Allahuakbar...smg yani dan keluarga diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian ni... I doakan semoga mak u cepat sembuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin ST..... hari-hari hati rasa berdebar-debar bila ke hospital dan terima panggilan dari adik beradik dan bibik.

      Delete
  3. Ya Allah..sedih L baca entry Yani.. Yani, semoga mak yani cepat sembuh, kesian dia demam turun naik. Kita yg umur mcmni kalau demam panas dh mcmana rasa tambah pula mak yani yg dh berusia ditambah lagi dengan penyakit lain. Semoga Allah ringankan beban sakit yg ditanggung mak yani. Semoga Yani sekeluarga tabah hadapi ujian ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin Mizz L, inshaAllah mohon doakan kesihatan mak. Badan mak Yani panas turun naik, doktor dok test ubat antibiotik kat badan. Bertawakal sekarang ni...

      Delete
  4. sedihnya.. semoga tabah ye yani.. kita paham perasaan yani bila emak sakit begini :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zue, terima kasih..mohon doakan kesihatan mak Yani kembali sembuh. Tak pernah satu hari pun Yani lupa untuk doakan mak makin sembuh dan tunjukkan perubahan positif, tapi realitinya....Allah sahaja yang tahu perasaan kami saat ini.

      Delete
  5. tabah yani tabah...... ida tak tahu nak cakap ape.. sebab ida pun takut bile berhadapan dgn situasi yanii.. tapi tu la, ALLAH takkan duga umatnya melainkan DIA sayang umatNYA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Eida...betul tu, selagi kita tak berhadapan dengan ujian Allah, kita takkan tahu sekuat mana dan setabah mana diri kita bila diuji...mohon Eida doakan sama kesihatan mak Yani kembali sembuh. Rindu sangat-sangat senyuman mak. =(

      Delete
  6. Yani, sedihnya rasa hati akak.
    Tabah ya... Akak doakan mak Yani sihat seperti biasa. Insyaallah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih KekDa..mohon doakan sama kesihatan mak Yani. Amin...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)