14 February 2014

Cabaran 90 Hari 2014 : Brisk Walking 2.7km


14 Februari 2014.

Petang semalam lewat sedikit mulakan brisk walking sebab duduk layan berbual dan tengok keadaan mak yang tengah tak berapa sihat. Panas badan mak dan mak mengadu sengal dan bisa-bisa badan.

Dalam kesempatan tempoh yang singkat, kami suami isteri berjalan laju dan memilih untuk guna trek berjalan kaki yang tidak jauh. Takut langgar waktu solat Maghrib, lagipun tak manis orang tengok.



Atas peta landskap Google memang nampak jauh tapi kalau dah terbiasa, rasa sekejap je masa yang diluangkan untuk beriadah dengan suami.

Ada cerita kelakar semasa brisk walking petang semalam. Nak dijadikan cerita, suami cirit birit dan muntah-muntah dari pagi membawa ke petang. Jadi badan suami lembik kehabisan tenaga. Dah dekat petang baru boleh jamah nasi dan lauk. Kesian tengok dia, aku gatal-gatal mulut ajak dia makan malam pizza. Lepas tu, sambung bersembang cerita lain sambil berjalan.

Dalam perjalanan balik ke rumah, suami buka mulut tanya jadi ke keluar makan pizza malam ni? Hahaha..adoilahai...rupanya suami aku masih dok fikir pasal ajakan aku tadi sepanjang perjalanan balik. Aku tergelak sambil pandang mukanya. Aku janji keluar makan pizza dengannya bersama-sama mak dan bibik malam ni. Takut kempunan pula nanti.

4 comments:

  1. nampak mcm jauh.. tp mcm tak terasa kan?? saya takde masa nak buat exersice.. sebab pegi keje je 6.30 pagi balik keje dah malam. Nasib baik ada juga berjalan masa nak ke komuter tapi xde la jauh mana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zue, apakata Zue cuba aktiviti power walk (leslie sansone) ....sangat berbaloi kalau takde masa nak beriadah di luar rumah. Boleh buat malam, awal pagi di dalam bilik/rumah je. Mulakan dengan 1 mile dulu, lepas tu boleh cuba yang 2 miles, 3 miles dan seterusnya.

      Berpeluh tak ingat Zue oii!!

      Delete
    2. kene search ni.. tgk yani kita sangat bersemangat.. tetiba mcm nak join plak jadi ahli HL

      Delete
    3. Kat YT banyak video Leslie Sansone ni...cer cari.
      Hehehe...kalau nak join apa salahnyer. Ade Herbalifer yang sangat aktif dan kerap buat aktiviti riadah beramai2. Macam Yani ni selain kekangan masa, jarak dan ongkos...Yani lebih suka beriadah cara Yani sendiri, tak terkongkong.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)