18 January 2014

Kekal 28 Hari Kitaran Period


18 Januari 2014.

Kembali ke CD1 semula hari ini, menjadikan kitaran period bulan lepas kekal sama pada 28 hari. Alhamdulillah! Walaupun period kali ini main cak-cak dengan perasaan aku, tapi dengan segala tanda-tanda yang muncul sejak CD13 sehingga ke hari ini, aku yakin period pasti akan muncul. Kalau kitaran lepas dia datang seawal jam 1- 2 pagi, kali ni dia muncul belah petang CD29 (pukul 2.30 petang) pula. Tak mengapalah... 


Simptom-simptom period kitaran kali ini :
  • 2 minggu sebelum haid (CD13 - 2 Januari 2014) simptom breast pain dah mula sampai CD28, yang perasan, bila rasa breast pain mula surut, haid pun datang,
  • CD14-16 (3 - 5 Januari 2014) ada keluar EWCM,
  • 2 hari sebelum haid, rasa mual, nak muntah dan kepala rasa pening,
  • 1-2 hari sebelum haid, simptom watery di Puan V, dan
  • lenguh pinggang beberapa hari sebelum period, dan
  • mild period cramp (rasa berdenyut pada sebelah kiri rahim pada CD28). 


P/s: Berkemungkinan, tarikh jumpa temujanji dengan doktor OnG untuk rebiu hasil keputusan HSG aku tempohari pada bulan Februari nanti, aku sedang CD18 waktu tu.

4 comments:

  1. i tgh debor, cik P blom mai lagik...if 20 hb ni x mai gak, terpaksa amik norculat utk tahan period sampai abis umrah.... harapnya x jadik cam tu la... all other symptom, i boleh tahan. x bleh tahan tang sakit kat br**st jek...adoi...memang tanak senam langsung waktu2 sakit mcm ni! huhuhuhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ST, cycle period ST tetap ye? Macam Yani baru nak tetap pd 28 hari..yup, sangat setuju! Breast pain nak tunggu period mai sangat kacau mood kita nak bersenam, dah lupa bila last time Yani pakai bra biasa, sebab daily bra Yani sekarang (especially masa breast pain nak period) adalah sport bra....sangat selesa dan rasa konfiden nak jump to exercise mood anytime, anywhere.....

      Delete
    2. pakai sport bra x sakit sgt eh? may b bleh try. alhamdulillah, lately period cycle dah tetap. cuma hari tu jumpa doc nk cepatkan period sikit coa hari sepatutnya fly pi umrah tu tarikh dijangka nxt period. Alhamdulillah, hari ni dah kluar. but flow sikit je. Doakan sempat kering before fly next saturday :-)

      Delete
    3. Pada Yani, tak sakit sangat berbanding pakai bra berdawai tu...sakit woooo! InshaAllah, semoga dipermudahkan urusan ST sebelum fly nanti....

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)