25 January 2014

Cabaran 90 Hari 2014 : Seru Semula Semangat Bersenam


25 Januari 2014.

Bila stop sekejap dari bersenam, ingat senang ke nak dapatkan semula mood bersenam?
Percayalah, susah ok!
Berdolak dalih pada diri sendiri.
Snacking pula tak terkawal. 
Selera syaitanirojim betul.

Malam ni aku cuba juga buat aktiviti mengeluarkan peluh. Tak boleh tidak.
3 miles pertama aku buat powerwalk dengan adik bongsu aku.
Sangat lenguh kaki, berpeluh jangan cakap ler. Macam kena simbah sebaldi air. 
Yang kelakarnya, aku dah berpeluh-peluh sakan, adik aku cakap dia masih tak berpeluh lagi. Liat betul lemak dia nak terbakar, gamaknya. 
Tapi oleh kerana Aina dah mula merengek nak minum susu badan dan mengantuk, adik aku kena stop buat powerwalk. Cuma aku je yang selesaikan sampai penghujungnya powerwalk 5miles ni.

Anggaran jumlah kalori yang dibakar adalah sebanyak 388kcal untuk berat badan semasa aku. Harap-harap ler baki kurang seminggu sebelum bulan Januari ni habis, aku dapat turunkan berat badan seberapa yang boleh. 



No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)