24 January 2014

Cabaran 90 Hari 2014 : Riadah Berdua Lepas Balik Kerja


24 Januari 2014.

Cerita semalam.

Sementara suami bercuti ni, moh ler kita rajin-rajinkan badan bersenam. Balik kerja, tukar pakaian terus beriadah dengan suami. Dapat buat aktiviti berjalan 30 minit pun dah memadai walaupun peluh tak seberapa. Sayup-sayup je semangat nak berzumba. Peluang jalan kaki berdua dengan suami anggap je la momen romantik antara kita suami isteri. Ok la kan, jalan-jalan sambil berpegangan tangan, gelak ketawa, usik mengusik antara satu sama lain.

Bila nak beriadah seorang diri di luar rumah, terasa janggal sebab dah terbiasa berdua. Sebab tu aku selalu tercari-cari aktiviti bersenam yang boleh dibuat di dalam rumah, sekurang-kurangnya aku masih boleh bersenam waktu suami belum balik dari kerja.    

Walking is good for mind, body and soul.
Sumber Gambar : Eat Clean. Train Mean. Live Green.

4 comments:

  1. ya Allah bestnye dpt riadah dgn husband..saya mmg tak berkesempatan..husband busy je..dpt mkn same pun mcm dah happy sgt =')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yani pun bukan selalu dapat beriadah berdua macam ni, kena tunggu suami bercuti atau awal pagi hujung minggu Sabtu Ahad je. Masa bersama berdua adalah masa berkualiti kita, kena cari dan nikmati sepenuhnya...kadang2 kita tak sedar yang kita perlukan masa 'our time together'

      Delete
  2. Sempat snap pic lg time riadah ye..hehe..sweet..lamenye sy xbersenam ni..hubby pn da bising2..huaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heee...ye! Bahan bukti ada aktiviti riadah bersama2....Yani pun dah lama tak bersenam, setakat berjalan2 je. Rindu nak berpeluh dan tarik nafas mencungap!

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)