26 January 2014

Cabaran 90 Hari 2014 : Dating Secara Sihat


26 Januari 2014.

Takde lagi pagi sangat, pukul 7.50 pagi baru mula keluar rumah berbrisk-walking dengan suami. Luangkan 1 jam untuk brisk walking sejauh 4-5km menggunakan trek berjalan kaki sedia ada. Yang bestnye, pasangan yang brisk walking depan kami berdua adalah Sidang Hj Rosli dan isterinya yang pernah uruskan dokumentasi perkahwinan kami berdua lebih 3 tahun lepas.

Romantik je warga emas beriadah berdua, jalan rapat-rapat dan berbual berdua. Aku bisik kat suami, kalau kita tua-tua nanti, jika ada rezeki, nak kemesraan kami berdua kekal macam tu. Ada anak ke, tak ada anak ke aku tak kisah.

Buat aktiviti fizikal dua hari ni, baru sedap sikit rasa badan. Kalau tak asyik rasa lemau je.

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)