29 January 2014

2nd SFA Suami

 
Sumber Gambar : Google

29 Januari 2014.

Cerita semalam.

Temankan suami pergi buat seminal fluid analysis (SFA) kali kedua di GH Melaka. Bergerak awal pagi, sampai di parkir bertingkat GH Melaka tepat jam 8.00 pagi. Waktu anggaran perlu keluarkan sampel dari jam 7 hingga 9 pagi.

Ingatkan nak buat dalam kereta je, tapi suami kata tak selesa dan suasana tak condusive langsung. Cuba tapi still suami kata tak boleh. Dah la masa tu kereta lalu lalang, cleaner dok ulang alik bersihkan kawasan setiap level, manalah dia leh fokus. Haish.

Akhirnya aku ajak suami turun ke level bawah, ada toilet di situ.
Tunggu kat luar, lepas beberapa minit dia keluar.
Serah kat aku botol sampel.
Aku tulis kat label botol tu; 8.18 pagi.

2 kali proses dibuat dalam toilet. Kalau toilet bersih, bau wangi tak apa juga.
Ni toilet serupa macam bukan toilet je. 
GH Melaka kena usahakan buat satu tempat yang khas untuk proses ni la. 
Tak besar pun tak pe, asalkan selesa.  
Dah la tak boleh tolong, tolong tengok jer la (tapi mana boleh ikut masuk toilet lelaki! So, istilah tolong tengok dan rangsang pun tak boleh pakai kat sini).

A bit keliru di sini.
Tengok sampel dalam bekas yang suami beri tu sekali imbas, macam cair.
Tak macam tekstur 1st SPA dulu, yang agak likat.
Entah la, tak boleh nak fikir masa tu.
Dari mula serahkan botol tu kat kaunter bahagian collect sampel SPA, aku memang berdoa banyak-banyak dalam hati, semoga ada perubahan positif untuk keputusan kali kedua ini.
Untuk catatan aku, 1st SFA suami tak ada makan apa-apa supplemen. Cuma 2nd SFA ni, suami ada makan supplemen macam yang aku senaraikan di sebelah kanan blog ni. 

2 comments:

  1. hurm, suami wat kat LPPKN KL, bgs tmpt ni.. die sediakan bilik ade katil n bilik air utk mandi lagi.. so, sgt convenient..so lps prosedur keluarkan air mani, leh terus mandi wajib if nak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain tempat, lain persekitarannya.
      Tak apa la, benda dah jadi, fikir sangat pun boleh jadi stress...stress not good untuk PCOS, kan? :) So, abaikan....hopefully result ada perkembangan positif!

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)