27 January 2014

Info Kesuburan Suami Isteri

Sumber Gambar : Kredit to Akhbar Kosmo

27 Januari 2014.

Beberapa artikel berkaitan kesuburan suami isteri yang dipaparkan dalam akhbar Kosmo sepanjang bulan Januari 2014 ini. Niat sekadar nak berkongsi maklumat, manalah tahu ada yang tak baca akhbar Kosmo atau Berita Harian. Kebelakangan ini, aku nampak trend artikel kesihatan dalam kedua-dua akhbar ni lebih menjurus kepada isu obesiti dan kesuburan, which is sangat bagus untuk aku sendiri (dan yang berkaitan la).

Sebab tu, aku akan pastikan akhbar hujung minggu aku atau suami beli, untuk baca artikel-artikel macam ni. Kadang tu, bila ada yang berkaitan kesuburan lelaki, aku suakan akhbar depan suami, suruh baca. Orang lelaki ni, selagi tak printed atas kertas atau ditulis atas kajian saintis, dia macam buat tak kisah atau antara percaya tak percaya je bila kita terangkan kat dia. Betul tak?

Jadi, bila dah ada kajian dan keluar dalam akhbar, kita kena main psikologi dengan dia. Huhu....aku sekarang dalam proses nak budayakan pemakanan dan gaya hidup sihat dalam rumahtangga kami berdua. Kadang-kadang aku butakan hati heret suami untuk bersenam sama bila hujung minggu atau hari cuti umum. Selain tu, aku jaga pemakanan dia terutamanya bila dia ada depan mata la atau hujung minggu waktu dia bercuti. Masa dia bekerja, memang tawakal je la dalam hati, selalu berdoa dia jaga pemakanan dan tak makan ikut nafsu. Takde depan mata, kita pun tak nampak apa porsi makanan yang dia ambil letak dalam pinggan.


Sumber Gambar : Kredit to Akhbar Kosmo

Ada masa, lepas solat aku minta maaf kat suami terutamanya bila aku rasa cara aku kawal pemakanan dia agak ketat. Niat aku satu je, nak sihatkan suami dan jaga kesihatannya. Meleleh airmata, minta maaf. Sebab sayang suamilah aku terpaksa buat macam ni. Aku cakap, sekarang ni Abang rasa tindakan Ida ni macam menyusahkan Abang, tapi percayalah, satu hari nanti Abang akan berterima kasih pada Ida.

Pada aku, kalaupun tak ada rezeki zuriat buat masa ni, rezeki kesihatan yang ada sekarang ni kena jaga dengan baik. Aku sendiri dah ada penyakit, suami pun ada. Kalau sama-sama sakit nanti, siapa nak jaga siapa? Sebab tu, aku berusaha untuk jaga kesihatan badan kami berdua. Orang sakit tak mungkin boleh jaga orang lain yang sakit dengan baik.

Sumber Gambar : Kredit to Akhbar Kosmo

4 comments:

  1. inshaAllah niat yg baik akan diberkati. sy pun tgh usaha utk jaga kesihatan diri n suami. tp lg mencabar sbb dok ngn MIL. bila kita sekat mknn suami, MIL plak nmpk mcm xpuas hati sbb die rase anak die deserve mkn lbh..huhu..tp MIL puji la sbb ade effort nk tegur kesihatan suami sbb arwah FIL meninggal sbb mslh kesihatan,so die rase menyesal xkawal mknn arwah.

    All the best Batik Pink!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat setuju point Nurul Asma' tentang in laws kita. Jujur cakap, Yani memang tak boleh kawal selera makan suami Yani bila balik rumah in laws. Kadang-kadang penat mata dok jegil2 kat dia, kasi hint kat dia kawal makan skit kat rumah in laws. Tapi at one point, kesian la juga kat dia, balik rumah mestilah nak rasa air tangan masakan mak sendiri. Kalau kita pun, kita akan buat benda yang sama, kan?

      Cuma, since duduk bersama di rumah mak Yani, Yani cuba jaga pemakanan suami Yani. Bila once awhile balik kampung dia, buat-buat tak nampak la gaya pemakanan dia. Paling tak pun, Yani dok berleter kat dia dalam kereta. Hehehe...tahan jer la telinga. Drama sebabak dari Seremban hingga ke Melaka.

      Delete
  2. Hai yani...
    Susahkan nak kawal pemakanan suami. Kita dah cakap kita nak pantang makan benda tu benda ni. Tapi last last dia pegi buat sendiri. Huhuhuhu. Tapi takpelah, slow slow je lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hie Zarith...bila kita TTC, kita terpaksa kawal nafsu makan kita untuk kesihatan diri. Benda yang sedap pun terpaksa buat2 tak sedap untuk jaga kesihatan. Org lelaki ni dia tak nampak kesan makanan pada kesuburan dia, sebab tu dia acuh tak acuh je...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)