07 December 2013

Ulang Trek Berjalan Kaki 10K Langkah


7 Disember 2013.

Selepas 3 minggu baru dapat ulang balik aktiviti berjalan kaki ikut trek jalan kaki yang dirasmikan tempohari. Hohoho....nasib baik dapat dicover dengan zumba hampir setiap malam, kalau tak, mahu kelaut azam nak kekal aktif dan sihat. Tak dilupakan juga, terima kasih pada cuaca yang baik dan tak hujan di waktu pagi macam selalu.

Malam tadi, dah pasang niat nak bangun awal dan buat aktiviti berjalan kaki dengan hubby. Alhamdulillah, Allah permudahkan niat. Seboleh-boleh aku tak nak cheat trek berjalan kaki ni walaupun peluang terbuka luas...huhu! Keseluruhan trek ni aku dan hubby ikut berpandukan tanda arah yang telah dispray atas jalan. Kalau tak ada tanda arah ni, memang ingat-ingat lupa dah trek sebenar berjalan kaki ni. Berpeluh juga lah pagi-pagi ni walaupun setakat berjalan kaki secara santai, dan tempoh masa yang diambil untuk menyelesaikan trek adalah 1 jam 20 minit.

4 comments:

  1. beshnya...
    semoga terus bersemangat untuk berjalan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semangat tak boleh ditunggu, Anim....kena cari dan grab ketat2....once dah mula hilang semnagat, akan kembali ke zaman silam....paling takut!

      Delete
  2. salam sis..bole tggl kn email x?sy ade bende nk tny..klu x keberatan la..terima kasih sis ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. emel Yani anida_yin[at]yahoo[dot]com

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)