08 December 2013

Ayam Masak Merah Kacang Pis


8 Disember 2013.

Bila tekak terasa nak makan, cepat-cepat tanya mak apa bahan dan cara masak lauk ayam masak merah. Dulu, kalau pergi kenduri kahwin, ini lauk kegemaran. Nak-nak pula, hubby pun suka makan lauk ni, jadi kenalah pandai masak.

Bahan-bahan:

2-2 1/2 sudu bawang besar
1 sudu bawang putih
1 sudu halia
1 sudu serai ditumbuk
1 sudu buah keras ditumbuk
1 sudu cuka masakan
3-3 1/2 sudu cili mesin
1/2 ekor ayam yang digoreng 1/2 masak
Sos cili dan sos tomato secukup rasa
Secukup rasa
Garam dan gula secukup rasa
Kacang pis ikut berapa banyak kita suka
Sedikit air

Cara Memasak:

1) Tumis halia, bawang putih, bawang besar, serai dan buah keras sampai naik bau wangi.
2) Masukkan cili mesin, cuka, garam, sos cili dan sos tomato. Sukatan boleh diubah ikut selera tekak.
3) Masukkan ayam yang telah digoreng.
4) Masukkan kacang pis, biar lama sedikit untuk masakkannya.
5) Untuk berkuah sedikit, tuang 1/2 gelas air masak dalam kuali.
6) Siap untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)