26 December 2013

Buku-buku Untuk Misi Sihat 2014, Baju Kurung Baru Saiz 'M'


26 Disember 2013.

Malam kelmarin, singgah ke tempat kerja hubby, makan malam bersama lepas tu jalan-jalan ke kedai buku sebelum balik. Perkara normal kalau keluar dari kedai buku dengan hasil tuaian, tak pernah mengecewakan hati, tapi mungkin kad debit dan wallet lain perasaan dengan tuannya..huhu~

Kali ni beli buku Drop A Dress Size Bootcamp : Get a hot bod in just four weeks dan Women's Guide To Running : Get slim & fit, fast di MPH Bookstore. Banyak tip-tip berkaitan makanan bernutrisi dan jenis senaman yang diajar dalam buku-buku ini. Setiap satu berharga RM19.90, rasa berbaloi dengan kualiti buku-buku ini.


Antara tip yang terdapat dalam buku Drop A Dress Size Bootcamp : Get a hot bod in just four weeks.


Aktiviti awal pagi semalam (25 Disember 2013), tukar plan dari brisk-walking kepada 1 jam zumba dan weight-lifting. Jadi ler daripada tak ada buat apa-apa, tak mahu manjakan sangat badan bangun lewat dan sekadar golek-golek atas katil walaupun hari cuti.

Size 'M'....fit in. Size 'S' soon in 2014, inshaAllah!

Petang semalam jalan-jalan ke Masjid Tanah, mencari baju kurung untuk dipakai di majlis kahwin saudara belah suami. Jujurnya, kebanyakkan baju kurung dalam almari adalah baju kurung yang digunakan ke tempat kerja, dah biasa dilihat dan dah mengeloboh besar. :)

Kali ini, tersenyum sendiri sebab sudah boleh pakai baju kurung biasa bersaiz 'M'. Saiz yang tak pernah terfikir boleh disarungkan pada badan sendiri. Selama ini, baju kurung bersaiz 'XXL' dan 'XL' je yang selesa dipakai, bila baju muat, kain plak kecil atau bahagian atas kain kena lipat berkali-kali sebab labuh. Kali ini, just nice dan terletak je di badan.

6 comments:

  1. wahhh tak sabar juga su nak transform baju ke size m

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom PnSusu, jom! :) Mula-mula was2 juga nak terus cuba baju kurung saiz M, mcm konfiden je leh muat...tapi bile dah sarung...eh! muat dan selesa je...

      Delete
  2. hee..mesti besh kan feeling nak shopping, bila shopping je kebanyakan nya mmg ada size tuk kita..x payah nak risau2 kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Sue..dulu kalau cuba baju kurung fesyen kt kedai/butik...saiz yg sesuai hanya saiz 48/46 je...skrg alhamdulillah, saiz 38/36 dh boleh muat..

      Delete
  3. buku tu macam interesting sangat! kena cari ni. and congrats on your new size! bestnya dapat size M dah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. JA, yup...boleh tahan detail tip dlm buku2 tu...tq! M yang just nice...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)