14 November 2013

Muda Dan Diabetis

Sumber Gambar : FB Rakan Herbalife (Wan Anuar Wan Mahadzir)

14 November 2013.

Inilah yang paling ditakuti.
Tak kiralah kena pada lelaki atau perempuan.

Kalau lelaki, kena struggle dengan kemungkinan lemah tenaga batin.
Kalau perempuan, nak hamil berisiko tinggi.

PCOS memang berkait rapat dengan masalah insulin yang haywire.
Sebab tu salah satu ubat untuk rawatan TTC adalah metformin.
Doktor mungkin minta makan metformin untuk kurangkan masalah insulin, dalam masa yang sama metformin boleh bantu menurunkan berat badan. Sebab apa? Sebab bila consume metformin, selera makan akan menurun.

Bergantung pada doktor juga la, mungkin di suruh makan semasa dalam proses nak conceive (PCOS), tapi kalau memang dari awal ada diabetis, ubat adalah untuk seumur hidup. Cuma kalau hamil, kena cepat-cepat tukar kepada insulin bentuk injection. Kalau makan ubat diabetis jenis pil, kesan ubat akan terus kepada bayi.
Tapi dos metformin kena betul dan ikut aturan doktor, kalau terlebih atau tak kena sukatannya, boleh menyebabkan simptom cirit birit.

P/s: Ini adalah pendapat peribadi aku, kalau ada yang rasa tak betul/silap...aku mohon maaf! Aku masih belajar untuk memahami dan adaptasi dunia PCOS.

12 comments:

  1. Yani wat entry sal PCOS ni , L xberapa faham sal pcos hehe.. diabetis influent pcos eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. L, Yani nak buat entri khas untuk kaitan PCOS dengan diabetis ni, bukan bidang kepakaran Yani.....tapi dari pembacaan boleh nampak relationship diabetis, insulin dan PCOS. Tak semua yang ada PCOS adalah pesakit diabetis. Itu yang Yani faham la.

      Delete
  2. betul..su su pun risau itu la,,,sekarang ni tengah belajar amalkan gaya hidup sihat,,,big NO to sugar n fast food

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gula tu penting juga dalam pemakanan kita cuma kena kawal, jangan asyik nak gula dalam masakan, makanan dan minuman kita. Gula untuk tenaga, kita ni bukan pakai tenaga sangat, lain la pekerja buruh binaan, mmg kena makan carbs dan ambik gula lebih sebab memang kerah tenaga. Kita yang duduk pejabat dan tak aktif ni, gula tak perlu banyak sangat consume. Kalau tak pakai/bakar balik, akan termendap dalam badan dan jadi penyebab diabetis...

      Delete
  3. Jom zumba leh bakar kalori n kurangkan mnum manis, nasi, mee etc. L minum manis skali sehari je tu pun guna gula stevia. Nasi pn dh ikut yani cakap tu ambil sikit je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom.....apa-apa sukan/aktiviti riadah pun boleh, janji keluar peluh...kalau yg minat berkebun tu, boleh keluar peluh juga, bonus dapat makan apa yg ditanam....So far, sejak ambil nasi kurang segenggam ni, badan boleh terima....

      Delete
  4. Org yg ade pcos mmg mudah kene kencing manis.. tp sy punya bacaan insulin alhamdulillah normal wlupun daku pcos.. doc pun ckp good..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukurlah Yana bab insulin Yana tak bermasalah, so boleh fokus lebih pd conceive. Ada PCOSers yang kena deal dulu masalah insulin baru doktor proceed fertility treatments....

      Delete
  5. Assalamualaikum
    yani awak tau tak?
    klu ada pcos memang perkara biasa ke bila satu ovari tiada telur dan yg satu lagi dalam 3 telur je?
    sy cari kat tenet bercanggah pendapat doc
    ada doc ckp perempuan normal paling kurang ada 15 telur.
    ada doc lain ckp perempuan itu normal akan bergilir2 ovari die bertelur.mcm tu la..konpius laa.

    ada jgk email jgk kpd dr hamid dgn dr zubaidi.takda feedback.mgkn diorg bz.beribu satu hari dpt email or msg fb kan.

    kalu yani tau leh kongsi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak dapat nak bantu la Amanina..Yani pun tak berpengetahuan sangat bab ni....better tanya pada yang pakar especially doktor OnG....tapi Yani macam pernah baca pendapat kilang ovari akan keluarkan telur bergilir-gilir, bulan ni kanan, bulan depan kiri....macam pernah tengok somewhere tapi dah lupa kat sumber mana.

      Delete
  6. Yani, doc pernah prescribe metformin coz insulin i tinggi. That was last 2 years. And last june, my fasting blood sugar reading was 6.smthg, dah pre-diabetic level. Alhmdulillah, pagi tadi chk, dah turun to 5.5. Memang loosing weight n exercise is the best way to combat illness.... Let's live healthy life :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, itulah salah satu sebab kena Yani fight till my last drops of sweat untuk keep healthy and keep fit sekarang ni. Kita ni bersenam bukan semata-mata untuk readykan diri untuk conceive, tapi juga untuk pastikan badan kita tak bersarang dengan macam-macam penyakit lain. Dah la struggle dengan infertility problems mcm irregular menses, kena telan ubat paksa period turun, kena pula makan ubat hormon, badan naik macam juara....so? Kenalah ubah cara pemakanan dan buat aktiviti keluar peluh.....

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)