24 September 2013

Clomid 100mg Cycle 1 : Gagal

24 September 2013.

Siaran langsung dari tempat kejadian...kih kih kih! Dah boleh kibar bendera Jepun dengan bangganya pada CD29 hari ini.

Bermakna, usaha TTC dengan bantuan pil Clomid 100mg bulan ini tidak berjaya. Sampai je pejabat, terus ke bengkel berkaitan skop kerja. Dalam masa yang sama, hati dok berkata-kata; simptom ari-ari berdenyut, mencucuk-cucuk dan miss V rasa basah masih terasa sampai pagi ni...nak period kot? nak period kot?

Pergi tandas sekejap, tengok kat pantyliner ade calitan darah haid. Haa...hambik ko! Betul-betul period....Alhamdulillah, tak ada sekelumit pun perasaan sedih dan kecewa masa dapat tahu turun haid. Yang terfikir masa tu hanyalah nak terus berusaha, berusaha dan berusaha kitaran haid kali ni.

Ok, sambung kerja balik!

P/s: Esok, CD2 dah boleh mula makan Clomid 100mg untuk kitaran haid kali ini. Yana Mengapai Bintang cadangkan ambil pil Clomid sebelah malam sebelum tidur pada waktu yang sama (untuk tempoh 5 hari), bagi mengurangkan kesan mood swings, food craving dan overdose. Baikkk....!

21 comments:

  1. assalamualaikum.
    saya pon period pg ni.:)
    Doc xpnh bg sy ubat clomid.Jupe doc,die tekankan turun berat badan .Saya pnh kena mrh
    sbb turun 2kg sebulan.So,sy dah stop jupe dia..Takut kena mrh lg.Skrg berat sy 57.7kg.nanti .sy ingat 52kg br jupe doc lagi.

    Awk on clomid,kena cek saiz telur tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chaiyok Amanina....teruskan usaha untuk dapatkan berat badan 52kg tu, Yani ni naik 1 kg gara-gara nafsu makan nak period ni (nak juga salahkan faktor period dan hormon..huhu!)

      Setakat ni belum pernah doktor OnG cek saiz telur, ujian hormon D21 pun baru je doktor cadangkan untuk period bulan ni....

      Delete
  2. Chaiyok Yannie..

    Yana arini CD28..smlm ade coklat kt pantyliner, dah bersedia nak period. malam td xde pape plak.
    Pagi ni sampai kul 11 td still clean. hmmm jgnla period bt tintong dia lg.. :|

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yesza Yana!

      Yana pun dah ada simptom2 nak period ye? InshaAllah...ada la tu. Tunggu dengan sabar ye? Yani sejak beberapa bulan ni period dah tak main acah-acah keluar brownish discharge dah, terus terjah je. Huhu...gentleman sungguh period Yani skrg ni...kih kih kih!

      Delete
  3. yanie..samalah kita,me pun period smlm on cd27,cycle 2 100mg clomid..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooh..maksudnya Umie dah start makan Clomid hari ni la ye? Chaiyok Umie....kita sama-sama usaha buat baby kali ni ye? :)

      Delete
    2. x lah..yg cycle lepas 2nd cycle clomid,failed..
      cycle ni x makan ape2 pun..x g follow up,sbb cuti takde..rehat dlu

      Delete
    3. Oh ye ke? Silap info la Yani ni....takpe, kasi badan rehat dulu....nnt sambung usaha balik...

      Delete
  4. Semoga Berjaya Yani :-) InshaAllah, banyak pahala kumpul sebab x putus asa ber TTC...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks SwetTooth...InshaAllah, dah tak 'kuasa' nak kecik2 hati, terasa hati, sensitif mengharap sangat...usaha tetap diteruskan....takmo putus harap, Allah tak suka, kan?

      Delete
  5. It's ok Yani..yang penting dah usaha..berdoa dan serahkan segalanya pada Allah..Mudah2an Allah memberkati segala usaha Yani..Amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnnnnn.....ye betul tu, yang penting kita dah berusaha suami isteri, keputusan dan rezeki ditentukan olehNya...

      Delete
  6. Replies
    1. Hihihi....ilmu yg baik, harus disebut tukang ajar nyer....

      Delete
  7. batik_pink, anda sungguh tabah..teruskan berusaha yerr.. sudi2 la singgah blog erin. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erin Reen, Allahuakhbar...ramai lagi TTCian yang lebih tabah dari Yani...lebih banyak dugaan yang mereka sedang/telah lalui...inshaAllah, Yani dah jenguk blog Erin tadi.. :)

      Delete
  8. Akak! Usaha lagiiiii. Farhah support hihi. Btw kak, cycle akak chantek x? Farhah punye 38days. Lame kan? Tgk akak punye 28-29 mcm ok..hopeee akak bole trus berusaha! :) chaiyokkkkk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farhah, cycle akak cantik masa makan clomid je, jadi 28 hari. Bila period naturally, cycle jadi panjang sampai 38-40 hari (lebih kurang macam Farhah). InshaAllah selagi Allah masih izinkan, akak usaha sama-sama dengan suami akak....

      Delete
    2. Yer ker..adekah farhah kne jumpe doc jugak utk amik clomid? Hmmm

      Delete
    3. Farhah...clomid kena ambil dgn arahan doktor, tak boleh ambil tanpa pemantauan. Sbb kalau terlebih dos, boleh mendtgkan bahaya...kalau tak silap, kena OHHS ...kalau x silap istilah la...

      Delete
    4. Eeee takuttt. Humm ok nti farhah tnye doc la :) tq akak muahhhhh

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)