23 September 2013

Usaha TTC : Supplemen Suami Isteri dan Clomid 100mg Lagi


23 September 2013.

Untuk rekod, hari ni CD28. Dari semalam sehingga hari ini, ari-ari dah mula terasa sengal-sengal, sekali sekala mencucuk-cucuk. Perut rasa sebu dan miss V rasa wet, tu yang dok cuak ingat dah period tapi bila check takde keluar apa-apa lagi.

Ahad lepas (22 September 2013), hari merestok supplemen dan ubat kami suami isteri.
Singgah dua tiga tempat; GH Melaka untuk ambil stok Clomid dan Duphaston bagi kitaran haid kedua, Himalaya Outlet untuk restok supplemen Speman dan Kapikachhu untuk hubby dan Farmasi Caring untuk membeli supplemen Surbex Zinc dan Surbex Protect untuk kami berdua.

Apa emosi nak makan Clomid untuk kitaran kali ni? Hurm...berdoa banyak-banyak dalam hati; jangan nafsu makan membuak-buak dan sensitif melampau-lampau, walaupun kemungkinan 99.9% semua simptom tu akan berlaku sebaik sahaja telan ubat Clomid. Allah! Minta dijauhkanlah, kalau tak pun biarlah seminimum boleh simptom tu melanda dalam badan.


Masa tanya haritu, hubby cakap supplemen Kapikachhu ada banyak lagi, cuma Speman tinggal sebiji dua je dalam botol. Jadi, aku fikir lebih baik beli dua-dua stok supplemen, supaya stok sedia ada di rumah boleh bertahan lama. Stok supplemen Speman dan Kapikachhu kat Himalaya Outlet pun tak boleh dijangka, payah juga nanti kalau out of stock.

Untuk rekod, hubby dah amalkan makan ubat Speman dan Kapikachhu sejak awal bulan Mei 2013 sehingga sekarang, kami pun ada juga bercadang nak buat semula ujian sperma untuk tengok kalau ada perubahan positif. InshaAllah.....


Singgah Farmasi Caring di Mahkota Parade, mencari supplemen Surbex Zinc, seminggu dua ni ada terbaca perbincangan khasiat supplemen ni dalam group TTC di FB. Kalau baca komen masing-masing, nampak convincing untuk dicuba. Lagipun, supplemen ni boleh diamalkan bersama-sama suami isteri.

Sumber Gambar : Katalog Online Farmasi Caring

Kebetulan, Farmasi Caring tengah buat promosi kempen kesihatan sepanjang bulan September 2013, dan yang bestnya, supplemen Abbott - Surbex Zinc termasuk sekali dalam promosi harga menarik kali ni. Pada kotak tertera harga RM198, harga di rak dan katalog promosi tulis RM153.90 tapi untuk promosi tempoh masa September 2013 - Jan 2014; harga untuk packaging 3 botol 60 biji Surbex Zinc dan 1 botol 30 biji Surbex Protect hanya RM135 sahaja. Pada aku, harga tu berbaloi la bila beli pukal macam ni.

Yang terkilan tu, aku terlupa nak tengok harga sekotak loose pack Surbex Protect masa tu, yang aku perasan sekotak Surbex Zinc 60 biji loose pack RM45-47.

Sumber Gambar : Katalog Online Farmasi Caring

Aku berkongsi duit beli alat Arm Blood Pressure Monitor jenama OMRON ni dengan mak. Nak jadi cerita, dua tiga hari lepas masa nak cek tekanan darah mak, alat cek tekanan darah jenama Watsons buat hal keluar error code. Ikutkan, alat tu tak valid sangat bacaannya sebab hanya sesuai untuk monitor tekanan darah orang sihat. Kalau orang yang ada darah tinggi yang selalu bacaan naik sampai 200++ tu, memang tak boleh kesan menggunakan alat cek tekanan darah macam Watsons tu. Sebab tulah, mak macam terkejut bila cek tekanan darah di klinik Nephro selalu naik mencanak sedangkan kat rumah bacaan rendah.

Dah alang-alang tu, aku belilah satu mesin cek tekanan darah macam kat atas tu, harga pun sama macam dalam katalog tu; RM409 (aku trade in mesin Watsons lama yang dah rosak tu, kalau tak harga RSP dia RM689). Adik aku yang doktor tu pun ada cakap, kat hospital kerajaan banyak guna mesin cek tekanan darah jenama OMRON ni sebab ciri-ciri bacaannya yang lebih tepat.

P/s: Untuk rekod, aku stop sekejap supplemen Obimin mulai 23 September 2013, untuk beri laluan kepada supplemen Surbex Zinc atas faktor dalam Surbex Zinc pun ada asid folik.

6 comments:

  1. Salam, insyaAllah berhasil segala usaha..kalau nak tambah supplement from Shaklee,

    saya ada buat promo ESP Shaklee..do visit my blog ye
    http://ainasuraya.blogspot.com/2013/09/promo-shaklee-esp.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah Nana...Yani ada juga survey2 supplemen dalam Shaklee....tapi kena tgk dulu apa kandungan yg nak beli, takut dah sedia ada dalam supplemen yang Yani dan hubby tengah makan sekarang ni.....

      Delete
  2. salam sis...selama ni jadi silent reader je. ari ni rasa nak komen lak. sya pon masih ber ttc lagi sama mcm sis. ttc selama 2tahun. nk tnya apa fungsi surbex zinc n surbex protect tu ye? ada beza ke? atau kena mkn dua2 kalau utk conceive?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Miz Idza...Yani pun baru nak kenal apa fungsi Surbex Zinc ni, cuba amalkan sebab ramai yang cadangkan untuk usaha TTC. Kalau tengok pada isi kandungan Surbex Zinc dan Surbex Protect, semua bahan sama kecuali dalam Protect tu ditambah dengan Coenzyme Q10 (baik untuk jantung). Buat masa ni Yani makan Surbex Zinc dulu...mungkin Miz Idza boleh google juga khasiat Surbex Zinc ni, kalau sudi boleh kongsikan kat sini ye?

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)