01 August 2013

Wrap Up : Julai 2013

1 Ogos 2013.

Edisi kesimpulan bulan Julai aku.

Berat Badan : Penurunan berat badan sebanyak 1.2kg dari berat terakhir pada bulan Jun yang lalu. Bulan Ramadhan bulan yang membantu aku lebih displin dalam menjaga pemakanan. Berat terakhir ditimbang pada bulan Julai adalah sebanyak 64.6kg iaitu pengurangan sebanyak 16.0kg selama mengamalkan Herbalife ini.

Period : Period hadir selama 6 hari pada 26 Julai - 1 Ogos 2013 (dan masih dalam keadaan datang bulan sekarang ini), tanpa mengambil pil Duphaston. Kitaran period yang kembali panjang hingga CD40. Dua minggu lebih menanggung breast pain dan sakit pinggang. 

Usaha TTC : Masih meneruskan usaha dengan supplemen EPO, Obimin, Omega 3 Fish Oil dan lain-lain lagi. Amalan meminum susu kambing bersama buah kurma kami suami isteri masih diteruskan. Encik suamiku tersayang masih konsisten mengambil supplemen Speman dan Kapikachhu untuk kesihatan diri (dah masuk botol ketiga). Tentang susu kambing, ada sedikit perubahan aku sedang buat dari segi pengambilan selepas aku terbaca artikel tentang peratus lemak yang tinggi dalam susu kambing Hi-Goat di blog JoeGrimJow dan selepas perbincangan dengan salah seorang doktor Herbalifer tempohari. Nanti ada masa aku buat satu entry khas untuk hal ini.

Rawatan susulan dengan klinik OnG GH Melaka seterusnya adalah pada 23 Ogos 2013 ini.

4 comments:

  1. nina pn amik hi-goat?nape dgn hi-goat tu? citela..citela..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nina, this issue lebih kepada pengiraan kalori, kalau org yang tak berdiet maybe tak kisah. Macam Yani, Yani perasaan benda ni macam ada effect pada diet Yani, which is 1-2 bulan ni berat lambat turun. Bila baca entri JoeGrimJow tu, nampak kat mana puncanya. Siap dapat ilmu baru lagi tu....alhamdulillah dapat kesan benda ni walaupun agak terlewat. For now, memang tak berhenti terus susu kambing cuma dari seorang 1 paket, Yani dan hubby minum 1 paket berkongsi (100ml seorang), nak cukupkan syarat amalan minum susu kambing + kurma tu.

      Delete
  2. utk orang ada history endo cyst pun tak berapa nak digalakkan slalu minum produk tenusu (tmasuk la susu kambing kan).. da lama gak tak minum susu kambing ni. tatau la bila nak start balik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yani pun baru tahu KekDa....agaknya Allah nak beri petunjuk kot, masa blogwalking di blog Herbalifer yang lain, terjumpa entri pasal susu kambing tu. Lepas tu, fikir-fikir balik memang ada betulnya. PM inbox sorang doktor yang juga Herbalifer, tanya pendapat dia dari segi medical, dia kata boleh teruskan minum atau kurangkan, tapi digalakkan untuk berhenti sekejap sampai peratusan lemak dalam badan Yani turun sampai satu tahap, baru boleh consider semula ambil susu kambing ni. Rupa-rupanya susu kambing ni tinggi lemak! Not good at certain point la kiranya.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)