2 Ogos 2013.
Baju raya, alhamdulillah dah siap beli dua pasang.
Kasut raya, baru je beli malam kelmarin lepas berbuka dengan hubby di Kenny Rogers.
Tudung raya, recycle tudung sedia ada je.
Tinggal baju melayu dan kasut raya hubby je yang belum beli.
Apa lagi yang perlu ada untuk Aidilfitri kali ini?
Haaa.....semestinya stok Herbalife kami suami isteri!
Cabaran menjaga makan dan nafsu melihat juadah hari raya Aidilfitri lebih mencabar rasanya berbanding di bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan alhamdulillah boleh displinkan diri bershake dua kali pada waktu sahur dan berbuka serta menjamah nasi selepas tarawih. Tapi, bila bulan Syawal menjelma je, pagi-pagi memang dah jadi kebiasaan kita semua dihidangkan dengan nasi ketupat, rendang ayam, rendang daging, kuah kacang, ditambah pula dengan kuih muih raya dan air minuman yang manis. Abis tu, macam mana nak jaga berat badan, paling tidak mengekalkan berat badan semasa Ramadhan pada bulan Syawal?
Alhamdulillah, sepanjang bulan Ramadhan (malah sejak setahun dulu), memang dah tak sentuh air manis dan air bergas. Jadi, memang tak ralat langsung bila tengok anak buah, adik beradik minum air manis waktu berbuka. Menu berbuka puasa aku senang je, minum 400ml Aloe, 400ml Teamix dan selepas itu minum shake F1 yang diblend dengan buah-buahan. Selepas tarawih, barulah jamah lauk apa yang ada; kadang-kadang nasi dan lauk, dan sekali sekala mee sup.
Bulan Syawal tak jauh bezanya cara pemakanan Herbalife masa bulan Ramadhan. Pagi-pagi masih dengan regim; minum 400ml Aloe, 400ml Teamix dan selepas itu minum shake F1 yang diblend dengan buah-buahan. Bila perut dah kenyang, automatik selera dah kurang untuk makan ketupat rendang secara berlebihan. Tengahari mungkin boleh makan macam biasa tapi terkawal. Kalau betul-betul kuat semangat, malam minum shake Herbalife. :) Akan ku cuba cabar diri sendiri!
Masa bulan Syawal la, Aloe dan Teamix jadi kawan baik kita kemana-mana pun kita pergi. Bancuh je siap-siap Aloe dan Teamix dalam botol minuman, jadi lepas je makan ketika menziarah rumah sanak saudara, kita dah boleh detoks semula lemak-lemak dan minyak-minyak yang kita makan tadi. Satu lagi jangan lupa, pengambilan air masak mesti pastikan sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Kalau bulan Ramadhan, selamba je boleh habiskan 5liter air (2 liter Teamix + 3 liter air masak), should be no problemkan nak minum lebih dari itu pada bulan Syawal? Huhu...
Petikan ayat dari seorang Herbalifer untuk motivasi diri sendiri....
Jangan pula tak kawal makan dan minum semasa bulan Syawal, sampai kena buat macam kat bawah ni seminggu lepas raya...hihihi~
Petikan ayat dari seorang Herbalifer untuk motivasi diri sendiri....
"Kalau anda rasa sayang sangat nak korbankan makanan Raya ni, cubalah fikir, berbaloi ke korbankan kesihatan tubuh yang dah diusahakan selama 30 hari berpuasa hanya dengan 1 minggu Raya? Kesian kat badan... "
Jangan pula tak kawal makan dan minum semasa bulan Syawal, sampai kena buat macam kat bawah ni seminggu lepas raya...hihihi~
Sumber Gambar : Google
hihi...suka part yg last tu..tampar2 perut.
ReplyDeleteHuhuhu....tu la, bila baca 1st time memang gelak je...
ReplyDelete