01 August 2013

Usaha TTC : Anmum Materna Vanilla Mango


1 Ogos 2013.

Senyum luas-luas bila dapat sampel susu Anmum Materna perisa terbaru iaitu Vanilla Mango ni di pejabat. Alhamdulillah, sekejap je isi borang dan jawap soalan mudah di FB Anmum, tak lama lepas tu terima sampel.


Susu formula Anmum Materna ni kaya dengan nutrien-nutrien penting seperti Gangliosides, DHA, FOS, Inulin, DR10, kalsium, zink, zat besi, vitamin B12 dan juga tinggi dengan folat yang sangat-sangat diperlukan oleh ibu-ibu mengandung. Yang paling best, susu formula Anmum Materna ini juga boleh diminum oleh wanita yang sedang merancang untuk hamil ( macam aku....yeay!!)

Selain daripada dibekalkan dengan 2 sachet sampel susu ini, buku panduan penebusan kelab Anmum pun ada diberikan. Part ini aku belum layak sertai sebab antara syarat penebusan, kena sertakan sekali bukti pembelian iaitu penghujung sudu daripada mana-mana pek Anmum Materna, Lacta atau Essential.


Hurm....dah tak sabar nak rasa susu Anmum Materna ni, mana tahu sedap, kan?

2 comments:

  1. sedap ke ah?? akak ada lagi yg perisa coklat..tp abis lagi minum.. tu pun skip2 je.. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum cuba lagi KekDa....bakal cuba petang ni. Nanti Yani review pengalaman minum sampel susu ni eh? :)

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)