05 August 2013

Puasa 2013 : Pertama Kali Buat Kek Coklat Kukus


5 Ogos 2013.

Kes kena celen dengan hubby sendiri. Malam tadi sentap bila dia dok tunjuk kawan pejabat dia (lelaki) buat kek coklat. Deng! Rasa tercabar sungguh! Tak boleh jadi ni...

Lepas solat maghrib tadi, keluar gi beli barang keperluan kek coklat ni. Sampai-sampai rumah je, terus ajak mak dan bibik ke dapur, sesi ajar mak dara sorang ni buat kek coklat kukus. Huhu~ sedihkan, dah kawin pun tak reti-reti buat kek kukus lagi? Tapi ade aku kesah, lebih baik lambat belajar daripada tak belajar-belajar langsung.

Kek coklat kukus aku ni baru naik atas loyang kukus jam 10.30 malam, serentak dengan hubby sampai rumah dari tempat kerja dia. Bertabahlah ye, pukul 12.00 tengahmalam kang baru kek masak....huhuhu~ Mak dan bibik dah masuk tidur, siap pesan suruh tunggu kek sampai masak baru tidur. Baikkkk bos!


Sementara tu, layan minum air teamix 2 liter sebelum tidur. 2 liter air masak dah selesai....Alhamdulillah!

Sebelum terlupa, baik aku tempekkan resepi kek coklat kukus versi mak dan bibik...

Bahan-Bahan Kek Coklat Kukus :

1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan gula kastor
3/4 tin susu pekat
4 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak
1 cawan air panas
1 - 1 1/2 scoop kecil esen vanilla
1/2 sudu camca kecil garam



8 comments:

  1. Replies
    1. KekDa,

      Nak kata utk raya pun ye, nak kata untuk testing pra-raya punye.....hehehe.

      Delete
  2. Wah!!! cantik kek nih! :-) teringin plak la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sweet Tooth, jom la buat...Yani sekarang macam tak ada semangat nak buat kuih raya, tapi tetiba teringin nak baking kek dan muffin je.

      Delete
  3. brape lama kukus tu dear? nampak menyelerakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Yani ajar, kena kukus dengan api sederhana untuk 1 1/2 jam....means that, kalau naik atas kukus tu pukul 10.30 malam, pukul 12.00 tengahmalam dah boleh tutup api.

      Delete
  4. hee..cara2 dia camne.. sue pnah wat kek. tapi choc moist x pnah buat lagi hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aisehmen...ingatkan semua org dah tahu buat, Yani letak bahan-bahan sebab takut lupa sukatan dia...huhuhu~

      Cara-Cara Memasak :

      1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko, baking powder dan baking soda, ketepikan. Panaskan pengukus.

      2 Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.

      3. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air panas, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila, susu pekat dan minyak masak, kacau sebati. jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik.

      4. Alaskan acuan bulat atau petak ber ukuran 20cm dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan dan tutup permukaan acuan dengan alumunium foil bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek dan kukus selama 1 jam ke 1 jam 30 minit, sejukkan.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)