05 August 2013

Herbalife : 66.0kg - 64.0kg


5 Ogos 2013.

Alhamdulillah....penurunan berat badan sebanyak 2.0 kg sepanjang bulan Ramadhan ni. Pada orang lain, mungkin tak banyak mana penurunan 2.0kg tu, tapi pada aku yang macam dah statik berat badan ni dah sangat-sangat bersyukur rasanya.

Aku akui, minggu ketiga bulan Ramadhan, agak banyak dugaannya, sebagai contoh, aku datang bulan selama lapan (8) hari, adik beradik berkumpul dan makan-makan di rumah mak serta berbuka di luar dengan hubby. Jadi bila ada sedikit kenaikan berat badan, aku cuba kembali pada regim biasa Herbalife dan kawal makan. Syukur, berat turun semula.

Masih berbaki dua (2) hari lagi untuk mendapatkan berat badan terkini sepanjang bulan Ramadhan ni. InshaAllah, hari Rabu ni aku dah berada di rumah mertua di Seremban, aku akan timbang semula.


Untuk catatan peribadi, berat badan aku pada bulan Syawal tahun 2012 dulu adalah 76.8kg. Bulan Syawal tahun 2013 ini, inshaAllah berat badan sekitar 64 - 63kg. Perbezaan sebanyak 13.8kg. Alhamdulillah, Ya Allah!

Entri Terdahulu Tentang Berat Badan Bulan Ramadhan 2012 

6 comments:

  1. oke tu..byk beza dari last year..bule turun lagi kot..caiyok..caiyok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah la KekDa....makan tahun juga nak turun perlahan-lahan, banyak try and error dalam usaha ni. Ada lagi lebih kurang 4 bulan untuk target berat badan sebelum habis tahun 2013 ni.

      Delete
  2. Kena timbang guna timbang yang sama ..kalau idok berat kita sama ..walaupun timbang pada hari yg sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually, penimbang Yani dah diseragamkan dengan penimbang kawan Herbalife tu. Hari tu dok angkut bawa pejabat semata-mata nak tgk beza sgt ke bacaan timbang. plus minus 0.1. so, tak banyak beza dengan penimbang Yani sendiri. :)

      Delete
  3. yana minggu lepas trun 500gram je..huk huk..dugaan silih berganti last wik...harap2 raya ni nafsu terkawal..hihiih

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah...cuba Yana google cara-cara buat aloe+teamix yang superpower untuk detoks lemak+minyak+kolestrol makan masa raya nanti...banyak version, antara nak ikut atau tak je....Yani nak cuba timbang berat badan seminggu lepas raya (estimated 15 Ogos 2013), nak tengok berapa naik...huhu, ada berani?

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)