05 August 2013

Puasa 2013 : Jubah Aidilfitri


5 Ogos 2013.

Rezeki tak terduga. Khamis lepas berbuka puasa dengan adik beradik, meriah dengan gelagat anak-anak buah.

Selepas berbuka, macam biasa la sesi berborak dengan adik beradik. Kebetulan masa layan karenah anak-anak buah, terdengar perbualan kakak dan adik kat dapur. Rupa-rupanya diorunk tengah berbual tentang jubah yang kakak aku beli tapi tak jadi nak pakai atas alasan peribadi. Nak beri pada kakak aku yang lagi satu, dia tak berkenan pula. Nak beri pada adik bongsu aku, takut saiz tak kena.

Pendek cerita, kakak aku tu suruh aku cuba jubah yang dia bawa tu. Alhamdulillah, kena dengan saiz badan aku. Jadi, kakak aku terus hadiahkan jubah tu pada aku tanpa apa-apa bayaran. Syukur, alhamdulillah....

Pagi raya nanti, solat sunat Aidilfitri di Seremban, bolehlah pakai jubah ni....


4 comments:

  1. slmt hari raya...drive safely (=

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya juga Nina....yup, inshaAllah, will remind hubby about that.....ngee~

      Delete
  2. wah mngerlip gitu...
    bling2 di pagi raya ..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kih kih kih....tak pe Sue, bakal ditutup sedikit dengan tudung labuh bhgn dada....

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)