4 Ogos 2013.
Jumat malam lepas, pergi membeli-belah persiapan raya dengan hubby di Mydin MITC, cadangan awal nak beli baju melayu dan kasut raya hubby. Sampai-sampai je kat kedai Maya Silk, memang terus berkenaan dengan sehelai baju melayu yang ada portion warna baju raya aku tahun ni, terus suruh hubby cuba pakai di badan. Perfect, baju Melayu jenis kain serap peluh dan sejuk dipakai.
Lepas tu, ke kedai Bata untuk mencari kasut raya hubby. Hubby dok beralasan tak payah beli kasut raya, sampai aku dah tahap geram pula dengan dia. Aku cakap dah alang-alang cari barang dia, cari je la kasut raya atau kalau tak nak sangat pun, carilah sepasang capal raya macam tahun-tahun sebelumnya. Akhirnya, sampai kesudah tak jadi beli kasut raya hubby, dia kata kat rumah ada kasut biasa boleh pakai.
Masa jalan-jalan tengok gelagat orang membeli-belah kat situ, nampak deretan beg tangan yang cantik-cantik. Kaki aku yang dari jalan lurus dah melencong ke arah deretan beg tangan tu. Hubby ikut je dari belakang. Baru je sebut "Sayang, lawa kan beg tangan ni?", pantas je hubby jawap "Bukan birthday sayang haritu Abang dah belikan beg tangan baru ke? Belum pakai lagi kan?"
"Ok, fine" cakap dalam hati.
Terus tak jadi nak pegang beg tangan tu. Menonong je aku jalan ke depan. Dalam otak baru teringat, birthday bulan Jun lepas hubby ada belikan beg tangan baru, warna pun memang boleh matchingkan dengan baju raya aku.
Lepas je membeli barang-barang nak buat kuih/biskut raya kat pasaraya Mydin, aku melilau mata mencari amil untuk hubby bayar zakat fitrah. Alhamdulillah, selesai juga urusan hubby untuk bayar zakat fitrah untuk keluarga kecil kami ni. Nilai zakat fitrah di Melaka bagi tahun 2013 adalah sebanyak RM6.50.
Keluar ke perkarangan pasaraya Mydin MITC, aku cakap dengan hubby nak beli tudung raya. Dari rumah dah bawa siap-siap baju raya untuk memudahkan aku mencari tudung yang sesuai. Dalam otak dah ligat berfikir, tudung apa yang sesuai nak pakai dengan baju raya aku ni. Kebanyakkan yang aku tengok, padankan dengan shawl, ada juga dengan tudung bercorak sebab baju raya aku ni warna plain je.
Masuk je kedai tudung pertama, budak salesgirl tu tanya aku cari tudung macam mana dan warna apa. Blur aku bila ditanya, sebab tak ada idea. Bila disuakan dengan tudung jenis bercorak love, nampak matching la pulak. Cuba pakai tudung tu, tetiba jadi suka sebab awning dia sangat firm dan terletak. Dah tu, pusing arah hubby yang tengah duduk kat bench sambil jaga troli, aku buat gaya L.O.V.E dengan isyarat tangan sambil main-main mata dengan dia, menggoda la konon. Gelak je hubby dengan budak-budak salesgirl tu....kih kih kih. Bila tanya harga, budak salesgirl tu kata paling murah boleh bagi harga RM100. Telan air liur. Tudung sehelai je pun. Paling kat hubby, cakap dia harga tudung tu RM100. Terus hubby buat muka, dan-dan kata "Mahalnye!"
Erk, sekali lagi mati nafsu nak membeli-belah dah.
Sebenarnya, aku ada nak beli lagi sehelai tudung plain untuk pakai dengan baju jubah pagi raya, untuk solat Aidilfitri. Tapi, bila hubby dah berbunyi macam tu, aku diam je la. Tak mengapa la, tudung untuk baju jubah tu aku sambar la ma-mana tudung yang aku ada kat rumah.
Sebenarnya, bila hubby temankan kita bershopping ni, hubby boleh bertindak sebagai penimbangtara keputusan yang kita buat masa emosi dan hormon teruja nak raya agar stabil. Aku rasa, kalau aku keluar membeli-belah seorang diri, memang besar kemungkinan, aku akan membeli barang-barang yang kurang atau tak perlu langsung, contohnya; beg tangan. Huhuhu~
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)