10 July 2013

Puasa 2013 : Sahur dan Tarawih Pertama

10 Julai 2013.

Alhamdulillah, berpeluang bersolat sunat tarawih berjemaah di kariah taman perumahan malam tadi. Segalanya dipermudahkanNya, balik dari melawat mak di hospital Melaka, sampai rumah jam 7.50 malam terus solat Maghrib. Bersihkan badan dan terus bersiap jubah serta telekung.

Sampai di surau taman jam 8.30 malam, dapat salam dua tiga jiran terdekat dan berjaya mendapatkan tempat solat di barisan pertama jemaah wanita. Jelas dapat dengar suara imam dan bilal.

Imam berucap sedikit sebelum solat Isyak, rupanya dalam 100++ buah masjid dan surau di seluruh Melaka, hanya 8 buah sahaja yang menjadikan amalan solat sunat tarawih 20 rakaat. Yang lain, termasuk surau kariah taman perumahan aku hanya buat solat sunat tarawih 8 rakaat dan 3 witir. Almaklumlah, ikutkan kebanyakan warga surau terdiri daripada warga emas. Tak ramai orang muda.

Selesai solat tarawih jam 10.05 malam, aku terus balik. Tak sampai 5 minit, hubby pun sampai depan rumah. Rindu nak solat tarawih berjemaah dengan hubby di surau macam tahun lepas. Hubby punya kerja balik lewat malam dan hanya berkesempatan solat tarawih 4 kali sahaja (offday setiap jumaat).

Rehat sekejap, lepas tu sama-sama masuk dapur dengan hubby. Hubby tolong buatkan shake Herbalife untuk aku, aku pula buatkan sambal goreng ikan bilis dan kentang.


Kunci jam, bangun tepat jam 4.30 pagi. Mulakan dengan minum aloe, teamix dan shake. Aku jamah sekeping roti mil penuh dengan serunding daging + ayam. Makan 2 potong buah lai. Mengah juga nak menghabiskan 1 liter air masak. Hubby makan roti mil penuh, serunding, sambal ikan bilis dan buah lai.

Petang ni nak masak bubur nasi ayam untuk mak dan bibik. Mak cakap bubur nasi yang aku buat tempohari sedap, jadi mak suruh masakkan dan hantar ke hospital untuk menu sahur mak esok pagi.

2 comments:

  1. I pun sahur sambal bilis n roti pagi tadi. Pagi ni memandu ke opis dlm keadaan yg sgt ngantuk...terjaga pukul 3 mlm n x leh tido sampai sahur....huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu...agaknya tu menu sahur yang paling ramai org buat untuk 1st day sahur kot. Sambal ni pun hubby Yani yang request, Yani ingatkan nak suruh je dia minum shake Herbalife tapi perut suami pun kena jaga kan? Kang kalau terdetik tak puas hati dalam hati dia kang, kita juga yang berpuasa tak dapat pahala sepanjang hari....layankan je la! Hehe! Actually serunding daging dan ayam tu menu penyelamat, nasib baik sempat beli beberapa minggu sebelum puasa.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)