08 July 2013

Herbalife : Kekal Motivasi Diri

Sumber Gambar : FB Well Girl

8 Julai 2013.

Artikel yang bagus untuk motivasi semula semangat diet aku dan semangat TTC aku yang makin hari makin terabai. Susah juga rupanya untuk get back on track dalam proses diet setelah beberapa kali tercicir.

Contohnya, sebelum-sebelum ni aku konsisten meminum air sebanyak 8 liter sehari. Bila sampai satu peringkat aku hanya dapat ambik air sebanyak 6 liter sahaja sehari, untuk hit target kepada 8 liter semula, ia menjadi sesuatu yang sukar.

Satu lagi, bila dalam keadaan yang tidak dapat dielakkan, aku hanya bershake Herbalife sekali sahaja sehari, jadi untuk mulakan semula regim dua (2) kali shake dan satu (1) makanan lengkap kena kuat semangat. Contohnya, minggu lepas aku sediakan shake untuk waktu malam di pejabat, maksudnya aku bawa buah, kurma dan shake dari rumah dan blend dengan mesin Shake N Take yang aku memang letak di pejabat sebelum ke hospital melawat mak. Habis sahaja waktu melawat jam 7.00 malam, aku dah boleh terus minum shake Herbalife yang dah tersedia dalam kereta.


Selama lima (5) hari bermula Isnin sehingga Jumaat lepas aku tak cheat dengan regim aku, alhamdulillah ada penurunan berat badan walaupun sedikit. Aku harap bulan Ramadhan ni, jika regim Herbalife ni aku amalkan secara konsisten, akan ada penurunan berat badan yang lebih lancar.

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)