12 June 2013

Stok 2 Minggu Susu Kambing Hi-Goat dan Obimin


12 Jun 2013.

Pagi tadi sahur untuk hari ke-4 dengan susu kambing, perasan tinggal 1 paket je susu kambing tu dalam kotaknya. Kena cari lagi ni! Serik terputus bekalan macam kes susu kambing segar Nubian tu.

Tengahari masa waktu rehat, keluar sekejap ke MITC, Ayer Keroh. Tempat pertama yang dituju: Mydin MITC Ayer Keroh. Dalam tu banyak kedai-kedai jamu cuma nasib tak menyebelahi, banyak kedai yang kehabisan stok. Kalau ada pun, harga berbeza. Farmasi dalam Mydin MITC tu memang ada menjual stok susu kambing Hi-Goat tapi harga standard; RM48.00. Kedai sederet dengannya tinggal sekotak je, harga RM48.00 tapi boleh kurang sampai RM45.00. Beli jer la.



Keluar dari Mydin MITC Ayer Keroh, singgah kedai arab/pakistan di depan Mydin tu. Memang ade stok tapi tak banyak. Harga sama, RM45 lepas diberi diskaun RM3. Aku terus beli sebab nampak trend penjual yang tidak ambik stok banyak dan letak harga standard range RM45-48. Belum jumpa lagi penjual atau kedai yang tawarkan harga lebih rendah dari itu.

2 kotak susu kambing itu bersamaan stok sepanjang 2 minggu kami suami isteri. Alhamdulillah kami suami isteri boleh terima tekak dengan bau susu kambing tu, nak-nak lagi aku blend sekali dengan F1 Herbalife perisa Tropical Fruit, memang layan la bau pisang dengan bau susu kambing.

Masa di farmasi dalam Mydin MITC tu, sempat beli supplemen Obimin yang aku baru perasan dah habis semalam. Seingat aku, supplemen ni aku dah amalkan sejak dari awal berkahwin dulu, dah hampir 3 tahun.

14 comments:

  1. Higoat mmg sedap kan.. sy dah pernah try 2-3 jenama lain, tp higoat the best.. klu susu segar, nubian the best.. pernah juga try jenama lain. Tp x sama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yani nak kata 2 brand ni the best dan paling sedap pun tak boleh juga sizuka, sebab belum pernah cuba brand lain, cuma boleh kata setakat ni dua brand ni boleh diterima tekak.

      Delete
  2. Oh ye, sy kat A Famosa Resort ni.. sdg kursus.. esok blk.. pusing2 bandar melaka dulu.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahuakhbar...ada di Melaka ke sekarang? Selamat berkursus ye, esok kalau sempat jalan-jalan lah sekitar bandar Melaka...sehari tak cukup rasanya, Banda Hilir pun dah makan sehari suntuk kalau nak khatam semua tempat menarik!

      Delete
    2. Selalu jalan2 melaka sbnarnya.. tp sy dah jenis suka berjalan, maka jalan2 berulang kali pun x kesah.. kui3

      Delete
    3. sama la macam kes Yani dan hubby Yani, contoh macam kalau pergi bercuti kat Cameron, tiap-tiap tahun pergi tapi tak pernah jemu.

      Delete
  3. dear nk tnya,dh berapa amalkan susu kambing tu? kuat x dia punya bau,or rasa sama macam susu segar putih dutch lady tu?tingin gak nk berikhtiar cara ni plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikji, Yani baru try susu kambing Hi-Goat ni dalam seminggu genap. Ni baru nak masuk kotak ke-2. Satu kotak ada 15 bungkus, so bila share setiap hari dengan hubby Yani, stok cukup-cukup untuk 7 hari je. Takde bau hamis kambing "as stated" kat kotak, sangat sedap! Lebih kuranglah rasa macam susu Dutch Lady tu....hehee~ Before ni amalkan susu kambing Nubians awal bulan Mei dalam dua minggu lebih je, lepas tu stok asyik habis je kat AEON Bandaraya & Ayer Keroh tu, tu yang bertukar ke susu kambing Hi-Goat jenis serbuk paket ni.

      Delete
    2. Kat alamanda pun habis stocks.. hmm... harap2 minggu ni ada blk..

      Delete
    3. yani dah malas nak gi jenguk AEON dah, asyik takde stok je. Lagipun lebih murah beli susu kambing Hi-Goat kalau nak dibandingkan dengan susu kambing Nubian tu. Harga 15 paket susu kambing Hi-Goat lebih murah berbanding 10 botol susu kambing Nubian.

      Delete
  4. Yani, sorry yana xsempat2 lg nak g survey harga untuk yani. baru balik berjalan ke langkawi, diet hancus, susu kambing pun hancus. Semalam baru start balik..hari ni puasa, yana sahur dgn hi-goat blend kurma n roti coklat sebiji..hope bertahan smpi berbuka.

    bestkan hi-goat tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah...pergi Langkawi!! Bestnyerrrr.....teringin nak pergi lagi ke sana. Alhamdulillah, boleh tahan sedap susu kambing tu....nape masa pergi langkawi tak bawa sekali higoat, kan senang nak bancuh sebab dalam bentuk paket serbuk.

      Delete
  5. Salam,

    Sy amalkan minum susu kambing jenama BestGoat masa pregnant. kalau nk try per sachet pun boleh.
    ada 2 jenis, susu kambing asli dan susu kambing plus kurma madu. sekotak 15 sacket RM35 jer..

    boleh email ya kalau nk cuba. masslily@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah...rasa mcm pernah nampak produk ni di pasaraya.... :)

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)