13 June 2013

Puasa Ganti : Hari Kelima

13 Jun 2013.

Alhamdulillah, syukur padaNya. Dalam diam tak diam, dah masuk hari kelima berpuasa ganti. Insha Allah, masih berbaki sehari lagi puasa ganti, dan jika diizinkannya, nak teruskan berpuasa sunat di bulan Syaaban ini.

Bersahur pagi ini, air madu perahan limau pun ada sekali. Nampak ada perubahan sedikit, harap selesema dan batuk cepat-cepat sembuh. Perit juga tekak asyik gatal tekak dan banyak kali batuk semasa berpuasa, kalau hari biasa boleh juga teguk air nak hilangkan gatal tekak ni.


Berbuka semalam, mak masakkan mee sup tulang. Sedap tapi kena kawal tekak, ambil porsi kecil je dan tak menambah 2nd round. Huhu...

2 comments:

  1. wah sedapnya menu berbuka kmarin,ummi plak da puasa ganti awal2 da,lepas jer hbis ramadhan thun lalu trus gnti puasa skalian puasa syawal..sekarang ummi tngah puasa syaaban..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah ummi inas...Yani ni asyik bertangguh je, ni yang dok pulun puasa ganti =) yang seronoknya, ade member di pejabat yang sama2 berpuasa ganti, tu yang bersemangat dan seronok...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)