06 June 2013

Puasa Ganti : Hari Pertama


6 Jun 2013.

Alhamdulillah, keputusan spontan untuk berpuasa ganti yang dibuat malam tadi. Malam tadi juga minta izin hubby untuk berpuasa ganti, mungkin tidak secara marathon, yang penting kena habiskan juga hutang puasa ganti sebelum bermulanya bulan Ramadhan tahun ini. Kebetulan, berpuasa ganti dengan cubaan pertama minum susu kambing Hi-Goat Premium Kurma dan Madu. Regim aloe dan teamix, diteruskan dengan shake Herbalife yang diblend bersama bancuhan susu kambing Hi-Goat.

Perut dialas dengan sekeping roti wholemeal dan potongan separuh epal hijau dan epal merah. Sementara menunggu waktu sahur habis, cuba sebaik mungkin menghabiskan air suam sebanyak 3 liter sambil menonton tv di dapur. 

Ada benarnya kata orang, kalau kita dah berniat untuk bangun awal dengan memohon pertolongan-Nya, inshaaAllah dipermudahkan. Risau juga kalau terbabas waktu bangun untuk bersahur, alhamdulillah Allah bantu kejutkan tidur. InshaAllah, jika puasa hari ini diredhai sehingga ke waktu berbuka, masih berbaki lima (5) hari lagi untuk dilunaskan. 

8 comments:

  1. Alamak..ros masih belum berganti :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ros, jom...jom, sempat lagi ni kita berjemaah puasa ganti di bulan Rejab ni. Banyak lagi ke hari yang kena ganti?

      Delete
  2. menu bersahur yg sihat..:) i pn pose jgk arini tp pose sunat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sihat memang sihat, tapi dah masuk tengahari ni, badan ade gigil sikit. Harap-haraplah tak jadi melepek macam budak baru belajar puasa by petang nanti, hehehe! Bagusnyer Anna berpuasa sunat, bilalah Yani nak cabar diri berpuasa sunat Isnin dan Khamis ni?

      Delete
  3. assalamualaikum,

    salam ukhuwah dari bunda...

    Alhamdulillah...semoga dipermudahkan Nya hingga selesai puasa ganti tu nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam Bunda, salam ukhuwah juga dari Yani. Inshaa Allah...semoga puasa ganti ini Allah terima hendaknya.

      Delete
  4. Selamat berpuasa Yani..nanti masa berbuka berdoa hajat Yani sekali maklumlah antara doa mustajab adalah ketika berbuka puasa :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, nasib baik kak Nuriz share info ni pada Yani...terima kasih banyak2 ye! InshaAllah Yani cuba sebaik boleh...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)