7 Jun 2013.
Alhamdulillah, bangun bersahur pagi tadi awal dari semalam, pada jam 4.30 pagi. Jadi tidak lah tergesa-gesa menghadam makanan dan dapat minum air dengan lebih tenang. Kurang mengah berbanding semalam. Sementara bersahur, menjamu mata dengan cerita di TV1.
Shake pagi tadi masih dibancuh dengan susu kambing Hi-Goat. Alhamdulillah, boleh diterima tekak rasanya.
Makanan dan minuman pengalas perut semasa berbuka semalam, berbuka pun di dalam kereta dalam perjalanan balik ke rumah dari Hospital Besar Melaka. Sebotol air mineral, potongan buah tembikai susu dan pau kaya.
Mak masuk semula ke hospital bermula dari 4 Jun 2013 yang lalu, dan setiap hari selepas waktu kerja aku memang akan ke wad mak untuk lihat perkembangan terkini mak. Hospital Besar Melaka sudah seperti rumah kedua aku sekarang ni.
semoga mak yani cepat sembuh..
ReplyDeleteTerima kasih Sizuka, harap-harapnya pun begitulah. Sekarang kat rumah tinggal Yani dan suami berdua je, sunyi amat tak dengar suara mak kat rumah macam biasa. :(
Delete