7 Jun 2013.
Baru je haritu buat kan? Hehe...ulang buat supaya tak lupa skil orang kata. Kali ni bekas kertas muffin tak cukup sebab tinggal beberapa keping je. Aku godek almari mak, cari bekas seramik apam mini mak sebagai ganti bekas kertas muffin.
Membuat muffin ni sambil menonton ceramah agama Forum Perdana malam tadi, dan sambil menghabiskan air teamix 2 liter.
Dah macam apam mekar plak.
Ubah selera, tabur badam hancur di bahagian atas bersama dengan chocolate chip.
Sekali adunan, bila pakai bekas seramik apam mini, proses membakar dalam oven menjadi tiga (3) kali.
Entah apalah silapnya, masa nak keluarkan muffin dari bekas seramik apam mini tu, bahagian bawah muffin jadi tak cantik licin, kena cungkil dengan sudu kecil. Ada petua tak?
Kalau bakar kita sapu marjerin/butter kt loyang. Kalo kukus, x sure la pulak... Huhuhuhu
ReplyDeleteKalau dalam kes muffin yani ni, kena sapu kat dalam bekas seramik la kan? Nanti yani cuba ye...? TQ!
DeleteMak aihh sedapnyer.. Nak resepiii :)
ReplyDeleteResepi muffin ni yani dapat dari website TryMasak, ni yani copy kan...
DeleteBahan-bahan:
1) gula halus (3/4 cawan)
2) tepung gandum (1 cawan)
3) tepung campuran muffin (3 sudu besar )
4) telur ayam gred A (1 biji)
5) soda bikabornat (1 sudu teh)
6) baking powder (1 sudu teh)
7) garam halus (1 sudu teh )
8) cip coklat (sedikit)
9) minyak jagung (3/4 cawan )
10) air (3/4 cawan)
11) * sukatan minyak dan air boleh ditambah sekiranya adunan terlalu pekat
Cara Memasak:
1. Campurkan gula, tepung gandum, tepung campuran muffin, soda bikabornat, baking powder dan garam. Gaul rata.
2. Masukkan minyak jagung, dan gaul rata lagi.
3. Akhir sekali, Masukkan telur dan air. Gaul sebati.
4. Boleh juga masukkan cip coklat ke dalam adunan jika suka.
5. Seterusnya, Masukkan adunan ke dalam cawan muffin hingga 3/4 penuh.
6. Taburkan sedikit cip coklat di atas adunan tersebut.
7. Bakar dengan suhu 160 darjah celcius, selama lebih kurang 20 minit.
8. Chocolate chip Muffin siap untuk dihidang.