08 June 2013

Pucuk Ubi Petai Masak Lemak Taucu

 
8 Jun 2013.

Mak discharge dari wad petang semalam. Kes mak belum selesai lagi, hari Isnin ni kena masuk balik hospital sebab hari Selasa GH Melaka nak bawa mak ke Hospital Klang untuk rujuk pakar di sana pula.

Hari ni, tugas wajib aku macam biasa ke pasar beli barang basah dan keperluan dapur. Senarai apa nak beli memang awal-awal mak sediakan.

Balik pasar, mak suruh masak pucuk ubi petai masak lemak taucu. Dah lama tak makan, kebetulan pucuk ubi, daun cekur dan pucuk mangun yang mak tanam di belakang dapur dengan bantuan bibik dah menampakkan hasil. Aku cukup suka kalau dapat belajar memasak dengan mak, banyak benda boleh belajar, yang penting, lauk-lauk kesukaan kami adik beradik yang selalu mak masak dulu kena ada someone di kalangan adik-beradik belajar sampai pandai. Itu jerlah bekalan kami kalau mak dah tiada nanti.

Satu kelebihan duduk bersama di rumah mak lepas kahwin, aku dapat kumpul ilmu memasak dari mak. Dulu masa mak sihat, aku kurang jaga bab belajar memasak ni sampai lepas kawin. Beberapa bulan lepas kawin, lepas arwah abah meninggal dan mak kena potong kaki sebab kencing manis, aku yang ambil alih bab memasak dan ke pasar. Ikhlas cakap, aku memang tak tahu masak lauk pauk. Setakat sambal tu pandai la. Ada hikmah lepas mak sakit, aku belajar memasak dengan mak. Mak jadi mandur kat dapur, suruh aku sediakan bahan, dan mak akan bagi arahan apa yang perlu dimasuk dahulu, do and don't di dapur.  


Pucuk Ubi Petai Masak Lemak Taucu

Bahan-bahan

300 gm pucuk ubi diracik halus
100 gm daun cekur diracik halus
2 helai daun kunyit - diracik halus
3-4 helai daun pucuk mangun - diracik halus
3 papan petai (dikopek biji petai)
2-3 sudu bawang besar - dikisar
10 biji belimbing buluh - dipotong kecil-kecil
2 sudu teh serbuk kunyit
10 ekor udang - dikopok kulit dan di belah dua
12 biji cili padi - dikisar
1 batang serai - dikisar
1 kotak santan pekat
4 sudu besar taucu (botol pink)
1/2 sudu gula
2 cawan air
1/2 sudu teh Cukup rasa

Langkah-langkah

Masukkan udang, cili padi, bawang merah, serbuk kunyit, serai dan petai dalam periuk.
Masukkan santan dan air. Buka api dan kacau sampai mendidih.
Masukkan 3-4 sudu besar taucu yang dilalukan dengan air sekejap.
Masukkan pucuk upi, daun cekur, daun kunyit dan pucuk mangun yang telah diricik halus.
Biarkan pucuk ubi menjadi layu dan lembut.
Masukkan belimbing buluh yang telah dipotong kecil.
Masukkan gula dan perencah cukup rasa. 
Setelah mendidih, masukkan ke dalam mangkuk dan dihidang bersama nasi.

P/s: Hari ni hold puasa ganti dulu, hubby request minta buatkan dia Bubur Nasi. Malam tadi dah cari resepi di TryMasak.My....bahan-bahan dah disediakan. Lepas maghrib nanti, masuk dapur untuk buatkan bubur nasi sebelum hubby balik kerja. Kalau ada lebihan, boleh juga buat alas perut untuk sahur esok.

P/s2: Ada yang tanya pasal daun mangun, ni Yani ada letakkan gambar daun mangun kalau nak kenal, jumpa dalam blog orang.

 

4 comments:

  1. First time dengar daun mangun... Bleh yani buat entry psl pokok ni. N this is my first time dgr masak lemak taucu. Hehehe... Tq sertakn resepi... Bleh try :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sweet Tooth, Yani nak buat entri pasal daun mangun ni, macam tak banyak info boleh dikongsi pun...dah tanya mak Yani, daun mangun ni biasanya org masak dalam lauk berdaun, contoh macam lauk lauk masak lemak pucuk ubi petai ni la. Selalu orang kalau masak lauk ni, either masukkan taucu atau yang jenis suka tempoyak, diorunk akan gantikan dengan tempoyak. Macam famili Yani, tak kawan sangat dengan tempoyak. Kalau orang lain masak atau jumpa di kenduri orang masak dengan tempoyak, makan je tapi tak de la buat kat rumah.

      Delete
  2. Pokok mangun? 1st time dgr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke sizuka? Yani kenal daun mangun ni pun sebab mak Yani ada tanam dalam pasu tepi rumah. Jarang jumpa orang jual di pasar, sebab tu standby tanam kat rumah incase teringin nak makan lauk ni.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)