31 May 2013

Wrap Up : Mei 2013


31 Mei 2013.

Edisi kesimpulan bulan Mei aku.

Berat Badan : Penurunan berat badan yang perlahan, hanya turun 0.6kg berbanding berat badan pada hujung bulan April yang lalu. In shaa Allah, tak mengapa... usaha tetap diteruskan.

Cuti-Cuti Malaysia : Rancangan bercuti singkat bulan ini tertunda berikutan keadaan mak yang keluar masuk hospital. Bukan salah sesiapa, kalau pilihan diberikan pada aku pun, aku tak sampai hati nak pergi bercuti seronok-seronok sedangkan mak perlukan perhatian. Jadi, bulan ini aku banyak meluangkan masa mengunjungi hospital untuk urusan admit dan discharge mak. Nasib baiklah ada bibik yang setia membantu menjaga mak waktu kami adik beradik bekerja. Salah satu sebab aku nak bawa semua bercuti adalah nak reward usaha bibik; letih badan jaga orang sakit. Aku dah rasa, aku tahu dan aku faham benar.

Period : Period hadir selama 7 hari pada 19 - 25 Mei 2013, selepas mengambil pil Duphaston selama 5 hari pada 12 - 16 Mei 2013. Memang mengharapkan period turun sendiri secara semulajadi tapi memandangkan  aku mengejar masa, aku proceed juga makan pil Duphaston tu, itupun selepas buat ujian UPT confirm negatif pada CD33 (12 Mei 2013). Ikutkan pengalaman, selalunya period aku ni dragged sampai ke hari ke CD39/40, then only it shows up.

Usaha TTC : Bulan Mei ini, usaha diteruskan dengan supplemen EPO, Obimin, Omega 3 Fish Oil dan lain-lain lagi. Amalan meminum susu kambing segar bersama buah kurma kami suami isteri masih diteruskan, cuma seminggu dua ni terhenti sebab stok susu kambing di AEON habis. 

Encik suamiku tersayang konsisten mengambil supplemen Speman dan Kapikachhu untuk kesihatan diri. Doktor dan staf farmasi pun galakkan makan supplemen ni sekurang-kurangnya 2 hingga 6 bulan untuk nampak kesan positifnya. Alhamdulillah, bajet untuk supplemen ni masih dalam lingkungan bajet kami lagi.

Berurut? Hai...bila lah nak sampai seru ni? Tengok rakan-rakan TTC semua dah aktif semula berurut ke sana sini. Tiba-tiba rindu pula tangan nenek yang pandai mengurut tu....sedapnya kalau dapat tangan yang sedap urut rahim! Hari tu masa period, ada terfikir nak pergi berurut sebab ramai yang kata elok berurut masa period, tapi masa tidak mengizinkan dan masa tu hari bekerja. Sungguh bercinta nak cuti semata-mata nak pergi berurut.  

Clomid? Ye, badan terima ubat baru cycle kali ni. Kalaupun takde rezeki nanti, aku harap cycle aku boleh jadi lebih baik (kalau normal, itu bonus!) dengan ubat Clomid ni. Tak silap aku, aku pernah baca somewhere, clomid boleh bantu regulatekan period cycle. Lebih kurang macam tu kot. In shaa Allah.

2 comments:

  1. I dah start balik my 90 days challenge... Baby step :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diet yani seperti biasa, cuma nak kurangkan cheatday. Kena catatkan lepas ni, berapa hari cheatday....ada dua tiga tarikh penting yang dijadikan penanda aras penurunan berat badan bulan ini dan bulan julai....semoga tercapai sasaran.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)